Tuesday, September 7, 2010

Kejahilan Media Prima menjadi2

Iklan kontroversi: Kesilapan TV3 jangan diulang
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menghantar surat peringatan kepada 
Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd. (Media Prima) agar tidak mengulangi kesilapan menyiarkan iklan
 menyentuh sensitiviti umat Islam.

Surat dari Ketua dewan itu, Nasrudin Hassan dihantar kepada Ketua Pegawai 
Eksekutif rangkaian itu, Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan melalui faksmili semalam.

Kandungannya antara lain mahu pihak TV3 berhati-hati dalam setiap bahan yang 

mahu disiarkan dan menggesa stesen tersebut mewujudkan lembaga penapisan 
atau pemantauan syariah.

"DPP Pusat mengingatkan TV3 agar tidak mengulangi perkara ini lagi di masa

 akan datang serta menjaga sensitiviti umat Islam.

"TV3 seharusnya mempunyai lembaga penapisan atau pemantauan syariah yang 

ketat agar sesuatu iklan atau filem yang ditayangkan di TV3 tidak bercanggah 
dengan syariah atau aqidah umat Islam serta boleh diterima oleh semua pihak," 
kandungan surat itu dipetik.

Menurut Nasruddin, Iklan tersebut tidak sepatutnya disiarkan langsung kerana mengundang persepsi buruk

 daripada masyarakat khususnya umat Islam lebih-lebih lagi ia berlaku di dalam bulan Ramadhan yang berkat 
ini.

Ini kerana iklan tersebut dilihat seperti menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur Krismas, Hindu dan

 Buddha apabila memasukkan elemen beca terbang, bunga teratai dan
pelita.

"Iklan Aidil Fitri ala Santa Claus ini dilihat sebagai satu perbuatan menghina agama Islam dan mendidik 

penonton khasnya kanak-kanak menjadi syirik.

Selain itu, Pemuda PAS turut meminta pihak berwajib termasuk Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim), 

Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Kementerian Penerangan agar dapat 
meningkatkan pemantauan ke atas penyiaran seperti iklan, drama atau filem agar kandungannya tidak
 melanggar batas syarak.

Beliau bagaimanapun turut mengucapkan terima kasih kepada TV3 yang telah menarik balik iklan Aidil 

Fitri tersebut semalam setelah mendapat bantahan ramai.

Sejak Khamis lalu, TV3 menyiarkan iklan yang menggambarkan seorang lelaki tua dan kanak-kanak

 menaiki beca ajaib ala kereta salju Santa Claus sehingga melintasi bulan.

Iklan tersebut juga dilapor menampilkan babak kemunculan pelita melalui bunga teratai yang dikatakan

 menyamai fahaman agama Buddha.

Kos penerbitan iklan tersebut mencecah RM200,000 dan banyak menggunakan teknik janaan pengimejan

 komputer (CGI).

sumber:Harakahdaily

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails