Friday, February 28, 2014

Rumah terbakar

Info Prihatin: Rumah Ust Abd Syukur terbakar pagi tadi.

Mangsa : Ust.Abd. Shukur (Abg Ust Mad Cina)
Guru di Sk Tasek Damai.
Tel: 019-4758617
Kebakaran Jam 8 pagi (28.2.14)
Tiada kemalangan jiwa.

DPPK TAMBUN MELANCARKAN DERMA KILAT UNTUK MERINGANKAN BEBAN BELIAU.
SAHABAT2 YANG INGIN MENYALURKAN BANTUAN SILA PM DPPK TAMBUN @ EXCO DPPK TAMBUN YANG LAIN.

Thursday, February 20, 2014

Pertemuan pemuda Ulu Kinta

Sesi dialog berjalan lancar malam ini.Pertemuan antara Exco pemuda Pas Kawasan Tambun dan pemuda Dun Ulu Kinta.

Komitmen dan jiwa anak muda yg dahagakan kemenangan Islam terserlah melalui kehadiran yg sgt memberangsangkan malam ini.

Tahniah semua pemuda.

Friday, February 14, 2014

Usrah Zon

Alhamdulillah Lajnah Tarbiah Dppk Tambun sudah memulakan prog tarbiah di peringkat kawasan.

Malam ini usrah pemuda zon kelebang,chemor,manjoi & meru berjaya dilaksanakan serentak.
Tarbiah bukanlah segalanya, tapi segalanya bermula dgn tarbiah.

Pemuda yg dahagakan prog tarbiah blh hubungi Dppk Tambun atau exco pemuda kawasan utk bersama dalam halaqah usrah ini. Kami mengalukan penglibatan anda.
Bersama mentarbiah diri!

Wednesday, February 12, 2014

Imam hasan al banna

...12 feb 1949 ...Syahidnya Imam Hasan Albanna..maka hari ini genaplah 65 tahun beliau telah syahid dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi mesir...
الموت في سبيل الله اسمى امانينا...
Biodata ringkas hidup Albanna adalah seperti berikut :

- Nama beliau Hasan Ahmad Abdul Rahman Al-Banna

- Dilahirkan pada waktu Dhuha hari Isnin 25 Sya’ban 1324 hijrah, 14 Oktober 1906. Di markaz Mahmudiah ,Muhafazah Bahriah

- Menghafal Al-Quran ketika masih kecil, dan belajar di Madrasah Ar Rasyad ketika berumur 8 tahun, kemudian beliau masuk ke sekolah rendah,  kemudian Madrasah Mua’allimin Damanhur, kemudian Darul U’loom Keharah, beliau menjadi graduan pada tahun 1927.

- Dari kecil beliau sudah mula berdakwah kepada Allah, amar ma’aruf dan nahi mungkar, beliau bersama kawan2nya menubuhkan pertubuhan Akhlak dan Adab ketika di sekolah rendah, dan seterusnya bersama kawan2nya menubuhkan persatuan Pencegah Kemungkaran. Ketika beliau di Maktab perguruan (madrasah mu’allimin) beliau bersama rakannya Ahmad Sukkari menubuhkan Jam’iayyah Al Hisofiah Alkhairiyyah yang bertujuan menegakkan akhlak mulia dan mencegah kemungkaran.

- Beliau bekerja sebagai guru di Isma’iliyyah pada tahun 1927.

- Pada Zulkaedah Tahun 1347 hijrah / 1927 masihi beliau menubuhkan Pertubuhan Ikhwan Muslimin.

- Maka berkembanglah dakwah ikhwan sehingga terdengar diseluruh pelusuk kampung di mesir. Beliau sendiri telah pun menziarahi lebih kurang 3000 kampung antara hampir 4000 kampung yang ada di Mesir ketika itu. Dan ini tidak termasuk bandar yang telah beliau pergi.

- Beliau juga giat dalam usaha massa. Pada tahun ke 30 an beliau, telah terbit  Teater Ikhwan Muslimin, beliau juga telah menerbitkan beberapa majalah2 : AlManar, Asy Syihab, AnNazir, At-Taaruf dan juga beberapa surat khabar : Al Ikhwan Muslimin dan juga Radio Ikhwan muslimin pada tahun 40-an beliau.

-  Dan beliau berhenti bekerja sebagai guru pada tahun 1946

- Pada tahun 1947-1948 beliau telah menghantar ribuan Pemuda Ikhwan ke medan jihad di bumi Palestin.

- Pada safar 1368 / Disember 1948 ikhwan telah dikenakan tindakan ketenteraan . Ketika itu bilangan anggota penggerak Ikhwan tidak kurang daripada setengah juta.

- Beliau telah syahid pada bulan rabi’ul thani 1368 hijrah / 12 Februari 1949, apabila beliau telah dibiarkan tanpa rawatan di hospital setelah ditembak.

Wallahu a'lam

Moga kita trmasuk gol yg mnjd matarantai prjuangn kbnaran ini.

Imam Hasan al Banna, menubuhkan Ikhwan Muslimin pd 1928, perintis gerakan Islam seluruh dunia selepas khalifah Uthmaniah runtuh pd 1924.

Menjadi inspirasi penubuhan dan pergerakan PAS..

Sunday, February 2, 2014

Pecah masuk rumah

PECAH MASUK RUMAH

Malam semalam rumah cikgu zamri (pemuda Pas Tambun @ ahli Jabatan Amal Tambun) telah dipecah masuk di Jelapang Baru. Kejadian disedari jam 10malam.

2 notebook, tablet, 2 handphone dan tv led 14" diambil dan diisi di dalm bag sekolah 'YAYASAN PERAK'. Jika terjumpa beg tersebut dibawa sila hubungi kami dgn segera.

Jika sesiapa ada info berkaitan,sila hubungi Dppk Tambun @ cikgu zamri ditalian 0142520177.

MOHON SEBARKAN!

Sunday, January 26, 2014

Sumbangan Tahun Baru Cina 2014

Majlis sumbangan Tahun Baru Cina kpd kaum tiong hua di Pekan Chemor. Sumbangan disampaikan oleh Ydp Pas Tambun, Dr Khairuddin Malik. Diiringi KP Pas Tambun, Ust Hafez Sabr

Saturday, January 25, 2014

Ustaz Harun Taib dlm kenangan

TRIBUT BUAT USTAZ HARUN TAIB: DIA MURABBI, AYAHANDA DAN TEMAN

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor.

Seharian alam siber berdecak dengan berita keuzuran Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, juga euforia syahdu dengan berita Dr Harun Din yang juga turut dimasukkan ke wad CCU IJN. Saya dan rombongan terbang ke bumi Tawau untuk program ekspedisi Dakwah yang kami rancang beberapa bulan yang lepas. Kedua tokoh ini adalah jantung hati jemaah yang disayangi dan sentiasa didoakan kesihatan mereka, keduanya juga adalah ahli Majlis Syura Ulama  PAS.

Panggilan telefon yang ringkas daripada  YB Ustaz Mohd Nor Hamzah , mengkhabarkan kepulangan Tuan Guru Ustaz Dato  Harun Taib ke rahmatullah seperti percikan petir yang mengoncang sukma. Sosok besar gerakan Islam semenjak pulang dari Ardhul kinanah pada tahun 1981 itu tak terhitung baktinya kepada medan amal Islami di tanahair ini. Anak didik Ikhwanul Muslimin semenjak di bumi Nabawi, serta melanjutkan kesarjanaannya di kampus al Azhar bersama Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Beliau antara tokoh kaderisasi dakwah yang unggul dalam PAS, selain almarhum Ustaz Yahya Othman dan Tuan Guru Presiden PAS. Semenjak pulang ke Terengganu daripada pemukiman ilmu di Asia Barat , beliau secara sepenuh masa mewakafkan diri beliau dalam perjuangan, membangunkan PAS yang mula mendapat tempat direlung hati anak-anak muda di awal dekad 80an akibat kebangkitan Islam yang sedang menyelimuti dunia Islam. Ustaz Harun antara sarjana PAS yang terkenal alim, haraki dan sentiasa subur dengan majlis pencerahan, juga tokoh tajnid yang sentiasa berlanglangbuana ke serata dunia untuk mengkaderkan amilin parti.

Beliau bersama Ustaz Yahya Othman dan murabbi muda PAS yang lain telah menyusun manhaj tarbiah PAS pada tahun 1982 , seterusnya mendapat reputasi cemerlang dalam dunia pendidikan PAS. Dalam pertengahan dekad 1980an, beliau membentangkan kertas kerja tentang pendidikan pra sekolah di bawah PAS dan akhirnya PASTI telah muncul sebagai produk pendidikan jamaah yang sangat piawai dan membanggakan gerakan Islam tertua di negara ini. Bersama teman- teman pimpinan yang lain dalam Badan Perhubungan PAS Terengganu, beliau telah mengasaskan Maahad Darul Quran Rusila pada tahun 1985, bahkan turut menjadi tenaga pengajar yang awal. Sekolah kader terbesar PAS ini juga telah melahirkan ribuan alumni daripada rahimnya, bahkan mampu mengilangkan tenaga pakar PAS sehingga mampu duduk di Majlis Syura Ulama PAS seperti Ustaz Zaharuddin Mohamad.

Tokoh tarbiyah ini juga telah membangunkan jihad taalim di kawasan pedalaman Terengganu,iaitu di Kampung Kubang Lembek sehingga terbangunnya markas tarbiah, sekolah rendah Islam Darul Ehsan, KUDQI. Kesan pentarbiahan kepada masyarakat Hulu Terengganu juga menyaksikan DUN Manir menjadi kubu kuat PAS sejak zaman berzaman dan kini anakandanya , Hilmi mewakili konstitusi tersebut.

Ustaz Harun mula menjadi nama besar apabila memenangi Pilihanraya kecil Teluk Pasu pada tahun 1989 dengan menewaskan Haji Abdul Rahman, seterusnya menang dalam PRU pada tahun 1990 di DUN Manir. Beliau antara 10 orang calon APU yang dihantar ke Wisma Darul Iman dalam pilihanraya umum 1990  yang menyaksikan aksi serpihan UMNO, Semangat 46. Beliau antara nama besar dalam gerakan Islam yang juga melahirkan banyak karya-karya haraki seperti ' muslimat Pembangun Ummah', 'berbilang-bilang jemaah' serta puluhan kertas kerja yang menjadi teks usrah dalam PAS.

Murabbi ini telah menunjukkan keteladanan yang indah di jalan dakwah, membentuk keluarganya untuk sama-sama berjuang dan mengucur keringat di medan amal Islami. Isterinya , Ustazah Zainab pernah menjadi Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, anak- anak lelaki beliau, Ustaz Hilmi dan Ustaz Hamdi menjadi tokoh penting dalam pemuda PAS . Yang paling penting beliau melahirkan ribuan anak didik di medan perjuangan dengan pelbagai latarbelakang sosial dan pendidikan. Markas Tarbiah Kubang Lembik, menjadi saksi sejarah bagaimana gigihnya sosok ini membangunkan tarbiah serta menjadi kilang tajnid.

Peranan paling besar almarhum ialah apabila dilantik menjadi Exco kerajaan Terengganu dalam penggal 1999 sehingga 2004, beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Pendidikan dan Pembangunan Dakwah Negeri Terengganu. Lilitan serban merah putih dan wajah jernih itu tidak pernah gagal untuk memberikan idea yang terbaik bagi membangunkan pendidikan Islam dan dakwah. Terengganu akhirnya menubuhkan pelbagai institusi pendidikan seperti SRAB, KOSTAQ, KOSPINT, pemerkasaan KUSZA sebagai sebuah universiti, serta menubuhkan Unit Pembinaan Insan dan Unit Mubaligh untuk merancakkan dakwah di negeri Tok Ku Paloh itu.

Malam merangkak sepi dan sayu apabila saya meluncurkan tulisan belasungkawa ini kerana almarhum seperti bapa saya. Semenjak ditamrinkan dalam Ikatan Pelajar Islam Terengganu di Kubang Lembik di alam kampus, sehinggalah saya menjadi aktivis Dewan Pemuda. Beberapa kali disergah kerana itulah cara beliau mendidik supaya anak muda tak lalai . Malah paling manis almarhum adalah saksi majlis pernikahan saya serta sering bertanya khabar melalui orang tengah . Murabbi ini mampu mengikat dan menjinakkan hati kita supaya terus menerjang badai perjuangan dan jangan berpaling tumit. Saya mencium tangannya kali terakhir  dalam mesyuarat PAS Pusat dua bulan yang lepas, sorotan matanya bening dan terpancar kasih sayang yang tulus. Selamat jalan sang murabbi, berpulang ke negeri abadi setelah seluruh hidupmu diabadikan di atas jalan dakwah ini. Untaian kata- kata nasihatmu tetap kami sematkan di relung dada kami, kami akan terus menggalang tugas dakwah ini...alfatihah.

( Penulis ialah AJK Dakwah  PAS Pusat)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails