Saturday, May 25, 2013

Parlimen akan dibubarkan


ANAK MUDA MAHUKAN PERUBAHAN!
PASCA PRU13 MEMBUKTIKAN BANYAK PENIPUAN SPR DAN UMNOBN DIDEDAHKAN SEMASA PRU. 
DAKWAT TAK KEKAL+BLACKOUT+UNDIAN BERGANDA+WARGA ASING MENGUNDI+PETI UNDI HILANG+TAMBAHAN PETI UNDI ETC.
ANAK MUDA MENUNTUT SPR BERTANGGUNGJAWAB ATAS KEBODOHAN PENGERUSI SPR INI.
PRU PERLU DIADAKAN SEMULA !!!!!!!!!


Friday, May 24, 2013

Ziarah Mahabbah Ulama

Di rumah tok guru bersama ust nik abduh

24/5/2013, Sebahagian pemuda PAS kwsn Tambun dan Jabatan Amal Tambun dalam program Ziarah Mahabbah TGNA. Program masih berlangsung dan akan berterusan sehingga esok insyaAllah. Semoga pemuda2 tambun membawa balik roh dan semangat perjuangan Islam dari ulama kesayangan kita..

Himpunan Blackout Mega



Pemuda PAS sokong penuh himpunan 505 esok

Harakahdaily
Jumaat, 24 Mei 2013 11:08

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasrudin Hassan memberikan sokongan penuh kepada perhimpunan aman Himpunan Suara Rakyat 505 yang bakal diadakan besok.

“Saya menyokong penuh usaha gabungan NGO mengumpulkan kekuatan suara yang padu dari rakyat untuk pemulihan sistem demokrasi selama mana ia diurus secara aman dan baik.

"Semoga 2505 akan menjadi satu lagi detik bersejarah, menyaksikan kebangkitan rakyat pula didominasi oleh anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam pengurusan serta pengendalian pilihanraya,” kata Nasrudin dalam satu kenyataan di Facebooknya.

Ahli Parlimen Temerloh itu berkata 2502 adalah detik pengisytiharan suara anak muda khasnya dan rakyat amnya bagi mengemukakan pelbagai bukti dan saksi umum untuk menolak manipulasi dan membantah penyelewengan serta meluruskan kepincangan pilihanraya dalam sistem demokrasi negara.

“Insyaallah himpunan tersebut akan berlangsung dengan aman. Justeru itu saya mengharapkan semua peserta himpunan tidak terlibat dengan sebarang provokasi. Anak muda hanya mahu menyatakan suara mereka, bahawa perlunya sistem pilihanraya negara diperbaiki dan dipulihkan sebelum ianya runtuh lebih teruk,” tegas beliau.

Nasrudin juga menyeru pihak keselamatan untuk membantu tanpa melepaskan sebarang provokasi yang merosakkan tujuan sebenar perhimpunan esok.

“Berilah ruang dan peluang kepada rakyat untuk bersuara dan menyampaikan mesej mereka kepada pihak kerajaan secara aman dan santai,” saran beliau.

Pagi tadi, PAS mengumumkan akan bersama rakyat menyertai perhimpunan aman “Suara Rakyat 505” anjuran gabungan NGO di Petaling Jaya esok.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, ianya sebagai menifestasi membantah segala penipuan yang berlaku dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu.

“PAS akan diwakili Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar,” katanya kepada Harakahdaily.

Mohamad pula menyifatkan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sudah panik apabila cuba memberi amaran jangan menghadiri himpunan aman SuaraRakyat 505 esok.

Katanya, Zahid sepatutnya menawarkan diri untuk berdepan dengan rakyat yang mahukan kebebasan bersuara bukannya berselindung di sebalik polis.

"Zahid bukannya hendak berdepan dengan rakyat, sebaliknya berselindung di belakang polis. Dia bukan pemimpin yang berani sebab guna polis," katanya kepada Harakahdaily.

Ustaz Hakim dirompak oleh Rakyat Umno

Thursday, May 23, 2013

Menteri Gangster Terulung di Abad ini


Menteri KDN Zahid Hamidi memulakan tugas baru dengan gaya samseng & gangster. Disebabkan rasanya Malaysia ini adalah kepunyaan bapaknye, Zahid Hamidi semakin tunjuk belang dan biadap dari hari ke sehari. Tindakan dan ugutan yang kurang ajar dari seorang menteri KDN dalam sejarah Malaysia..
1) Akan melucutkan kewarganegaraan bagi rakyat Malaysia di luar negara yang menyertai himpunan

2) Mengarahkan rakyat Malaysia keluar dari negara ini sekiranya tak berpuas hati dengan undang-undang Malaysia.

3) Menahan aktivis mahasiswa Adam Adli, aktivis pembangkang seperti Nik Nazmi Nik Ahmad, Adam Adli, Tian Chua, Haris Ibrahim dan Tamrin Ghafar dan 18 orang aktivis lain untuk menyekat gelombang kebangkitan rakyat dan tersebarnya penipuan PRU13.

4) Akhbar utama Harakah dan Suara Keadilan telah dirampas secara berleluasa di beberapa buah negeri kononnya menyalahi Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. 
5) Mengugut rakyat...Jika ada yang masih berdegil, mereka harus 'membayar dengan harga yang mahal' (tindakan tegas) jika tindakan dilakukan oleh pihak polis. Dijangkakan FRU akan dikerahkan untuk membelasah peserta himpunan blackout Sabtu ini.
Rakyat Malaysia sentiasa melihat aksi menteri KDN, semakin belangnya naik,semakin membara kuasa rakyat bangun menentang rejim sembahan kamu wahai Zahid Hamidi..


Wednesday, May 22, 2013

Stand Dppk Tambun 3 Isu Utama

Melalui perbincangan dan perbahasan isu dalam usrah bulanan semalam, Dppk Tambun telah sepakat dan dan mempunyai stand terhadap beberapa isu yg menjadi perdebatan dan buah mulut dikalangan pendokong dan penyokong PAS. Dppk Tambun sepakat dalam bebarapa isu sesuai dgn konsep wahdatul fikr wahdatul amal dalam amal islami.

1)      Isu kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang meminta semua pihak menerima keputusan pilihan raya ini dengan penuh kesyukuran dan kesabaran.  Ramai penyokong PAS terkeliru dengan kenyataan TGHA sehingga menafsirkan kenyataan yang bercanggah kononnya TGHA menyeru ahli supaya bersyukur dan bersabar semata-mata tanpa perlu buat apa-apa.  Jika difahami melalui kenyataan TGHA, beliau menyeru ahli supaya BERSYUKUR DENGAN KEMENANGAN PAS DAN PR DI NEGERI YANG DITAWAN, DAN BERSABAR DENGAN KEKALAHAN & PENIPUAN YANG BERLAKU. Dppk Tambun teguh dengan stand untuk bersama dalam seruan TGHA. Analogi mudah yang boleh diumpamakan adalah kita perlu bersabar jika rumah kita diceroboh dan dimasuki pencuri. Sabar itu adalah sifat yang diajar dalam Islam. Berkaitan pencuri yang telah melakukan kesalahan, kita tidak boleh berdiam diri sahaja. Laporan polis dan tindakan susulan perlu dibuat supaya pencuri dihukum dan pencegahan untuk masa hadapan. Kembali kepada kenyataan TGHA, beliau tidak pula meyeru ahli untuk berdiam diri sahaja. Tindakan perlu dilakukan atas penipuan yang berlaku dalam PRU13 yang lalu, melalui saluran yang disediakan. Petisyen dan bantahan mesti diteruskan untuk menumbangkan rejim UmnoBN.

2)      Isu kenyataan Timb. Ketua DPP Malaysia,Ustaz Nik Abduh "Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya? Itu adalah gopoh."Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,” Segelintir ahli dan puak Umno telah membuat kesimpulan begitu pantas dengan meletakkan Ustaz nik Abduh tidak selari dengan pimpinan PR. Dppk Tambun bersetuju dengan kenyataan Ustaz Nik Abduh dan menyimpulkan Malaysia tidaklah seteruk Mesir dizaman Hosni Mubarak. Tatkala zaman Hosni, Ikhwan Muslimin dinafikan terus untuk bertanding dalam pilihanraya dan dibelasah total oleh kerajaan Hosni. Di Malaysia, jemaah PAS masih diberikan ruang untuk bertanding dan mendapat kemenangan dibeberapa negeri dan mewakili rakyat dalam Parlimen. Isunya, untuk menumbangkan kerajaan melalui kaedah ‘spring’ seperti di Mesir adalah tidak relevan dengan keadaan Malaysia sekarang, sesuai dengan waqi’ semasa. PAS dan PR diberikan ruang untuk membuat petisyen dan menuntut hak di mahkamah. Jika ikutkan hati anak muda,memang memberontak untuk menumbangkan UmnoBN. Tapi perlu difahami, PAS adalah PARTI POLITIK DAN GERAKAN DAKWAH, segala tindak tanduk perlu selari dengan tuntutan dakwah dan kemenangan PR. Strategi perlu disusun semula untuk menang. Jika berlaku ‘spring’ di Malaysia seperti di Mesir, dikhuatiri membantutkan usaha dakwah PAS selama ini. Umno akan menggunakan segala jentera kerajaan untuk melumpuhkan PR.

3)      Himpunan Blackout Tapah 23 Mei- pada 13 Mei yang lalu, pimpinan PAS telah mengeluarkan peringatan kepada ahli supaya berhati-hati dan tidak terlibat dalam sebarang himpunan pada malam 13 Mei. Seribu kemungkinan boleh berlaku pada malam 13 Mei, seperti yang berlaku pada tahun 1969. Dalam isu Bersih, mereka mampu membuat provokasi memburukkan imej himpunan dan parti. Perkara yang sama boleh berlaku pada malam 13 Mei, mungkin lebih teruk! Sejarah 13Mei tidak boleh lari dari isu pembunuhan kaum. Jika provokasi berlaku pada malam itu, fitnah dan mudarat yang lebih besar menanti jemaah PAS dan mungkin diharamkan terus. Mengambil pendekatan langkah berjaga-jaga, menjaga kesinambungan jemaah Islam PAS itu lebih utama. 13 Mei telah berlalu dan segala himpunan selepas itu adalah diseru untuk bersama. Dppk Tambun menyeru anak-anak muda Kawasan Tambun untuk turun beramai-ramai ke Himpunan Blackout Tapah 23 Mei ini. Kita gelapkan lagi malam yang gelap itu dengan memakai baju hitam.



Sunday, May 19, 2013

Ustaz Kazim Elias mati sebelum berjuang


Menteri KDN baru Zahid Hamidi kini telah mula menunjukkan belang dan taring apabila telah menggunakan kuasa KDN secara meluas untuk menahan aktivis politik yang boleh menggugat kerajaan UmnoBN. Semalam  Adam Adli telah ditahan dibawah Akta Hasutan. 

Semalam juga 2 senario telah berlaku dalam kerajaan UmnoBN. Adam Adli mahasiswa 20an lagi matang dan kental terus meneruskan perjuangan walaupun ditahan polis. seorang lagi pak ostat Umno Kazim Elias telah meluahkan hasrat untuk berhenti ceramah apabila telah diugut bunuh. Pak ostat Umno Kazim Elias yang kecut no egg, baru gertak sikit dah tak nak berjuang..duit punya pasai maaa. Inilah beza apabila berjuang semata-mata untuk kepentingan duniawi..
 POrahhhHH!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails