Saturday, September 29, 2012

Sultan Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz


KOTA BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sultan Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau Melaka.

Pada kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan solat Asar.

Keberangkatan baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika menjadi Tengku Mahkota Kelantan.

Sejurus kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.

Turut berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.

Hadir sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad.

Isteri Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku berdua.

Tuan Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke kediaman peribadinya untuk bertanya khabar.

Menurutnya, semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat sejahtera di bawah penerintahan baginda.

“Saya sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa sejahtera serta dilindungi Allah. Saya harap rakyat juga mendoakan kesejahteraan baginda.

“Saya sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni,” ujarnya ceria.

Tuanku sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya.

Bajet 2013

KUALA LUMPUR: Bajet 2013 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah belanjawan panik yang takut kepada kebangkitan rakyat, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Tetapi, katanya lagi, apa pun yang diumum dan diberikan oleh Najib dalam belanjawan itu tidak akan dapat membendung kemaraan gelombang kebangkitan rakyat menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Belanjawan tersebut adalah belanjawan selamat tinggal dari Najib sama ada sebagai Perdana Menteri atau Menteri Kewangan," kata Mahfuz.

Beliau berkata, sama ada BN kalah atau menang dalam pilihan raya umum akan datang, inilah penggal terakhir bagi Najib dalam kabinet. 

"Kalau dengan segala tipu dayanya BN menang sekalipun dalam pilihan raya akan datang, ia dijangka lebih tipis dari kemenangannya pada tahun 2008.

"Akibatnya, Najib akan dihambat seperti Umno hambat Pak Lah (Perdana Menteri sebelum ini, Tun Abdullah Ahmad Badawi) setelah beliau gagal mendapatkan majoriti dua pertiga untuk BN dalam pilihan raya 2008 lalu," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Bagi Mahfuz, belanjawan tersebut bagaikan wasiat Najib dalam pembahagian harta.

"Berbilion-bilion diwasiatkan untuk anak-anak kesayangan atau kroni-kroni Umno yang pakar membodek dan mengampu.

"Anak-anak yang tak mahu atau tak pandai membodek dan mengampu pula, dapatlah sagu hati RM1,000, RM250, RM200 atau RM7.80," katanya.

Tumpuan belanjawan panik Najib itu, kata Mahfuz, adalah untuk menggula-gulakan rakyat supaya memberi peluang kepada Umno BN sekali lagi.

Namun begitu, katanya, masih terdapat unsur ketirisan dan hendak mengkayakan kroni.

"Walaupun hendak menggula-gulakan rakyat supaya terus menyokong Umno BN, tetapi belanjawan itu bukan untuk rakyat," katanya. 

Belanjawan yang tidak pro-rakyat itu, kata Mahfuz, tidak mempedulikan masalah fundamental dalam ekonomi negara seperti penghapusan rasuah, salah urus dan percanggahan yang besar antara perancangan dan perlaksanaan.

"Belanjawan itu juga mengetepikan soal akauntabiliti," katanya.

Beliau juga menyifatkan belanjawan itu kosong dengan pendekatan yang menarik perhatian untuk meningkatkan ekonomi.

"Tidak ada perkara baru seperti perancangan Koridor Raya Multimedia (MSC) yang diumumkan oleh (Tun) Dr Mahathir dulu. 

"Belanjawan Najib tidak ada daya penarik. Orang Putih kata tak ada 'wow factor'," katanya. 

Mahfuz juga menyifatkan belanjawan itu tidak mengetengahkan reformasi kepada struktur ekonomi.

"Kita baca berita tentang belanjawan Perancis yang dipanggil 'combat budget' dengan memberikan tumpuan kepada pengurangan hutang negara serta kos pinjaman yang kian meningkat dan pengurangan defisit perbelanjaan awam," kata beliau.

Sebaliknya, kata Mahfuz, belanjwan Najib tidak memberi tumpuan kepada hutang negara yang telah mencecah RM476 bilion.

"Kerajaan Umno BN juga masih tidak mengemukakan langkah untuk membawa pulang semula RM1.08 trilion ke dalam negara," katanya lagi..

Thursday, September 27, 2012

Poster Doa Pilihanraya


Usrah Tajuk Uzlah




Usrah Dppk Tambun semalam telah membincangkan tajuk 'uzlah' dipimpin oleh naqib Ustaz Harmain. Uzlah bermaksud mengasingkan diri iaitu mengasingkan diri dan meninggalkan masyarakat, kawan atau sebarang tanggungjawab yang menjadi rutin hidup dalam tempoh tertentu.

Dalam konteks waqi' negara kita, kurang bijak sekiranya konsep uzlah digunapakai untuk mengasingkan diri dari terlibat dalam sebarang aktiviti jamaah, politik dan demokrasi. Ada sebahagian jamaah menguzlahkan pendekatan mereka daripada politik dan pilihanraya kerana beranggapan tidak syarie. Dalam kaedah fiqh "mala yatimmul wajibu illa bihi fahuwawajibun" yang bermaksud sesuatu perkara yang tidak dapat disempurnakan sesuatu yang wajib melainkan dengannya,maka ia menjadi wajib.

Meninggikan syariat Islam adalah wajib, maka melalui jalan pilihanraya adalah cara untuk mendapatkan kuasa meninggikan syariat Islam. Pilihanraya telah menjadi satu kewajiban dalam konteks negara Malaysia. Cara lain adalah rampasan kuasa. Islam tidak ajar cara rampasan kuasa, melainkan Umno BN yang telah menjadikannya tradisi seperti rampasan kuasa di Perak dulu.

Dulu kini selamanya bersama Islam..

Iklan Permohonan Masuk PASTI



Anda pening-pening nak hantar anak-anak ke PASTI @ KEMAS?
Tak payah pening-pening..compare je anak-anak orang lain yang hantar anak ke PASTI dan KEMAS.
Sejuk mata memandang tengok anak-anak kecil PASTI ;)

Iklan Permohonon Masuk Sekolah Agama



Iklan ni baru dikeluarkan. Bagi sesiapa yang mempunyai adik,sepupu, anak sedara dan sebagainya yang baru lepas exam UPSR, sila alertkan diri anda!

Setelah keputusan UPSR diumumkan nanti, permohonan untuk kemasukan ke sekolah menengah agama di bawah kerajaan negeri akan dibuka. Rebut peluang keemasan ni. Didik anak-anak kecil kita dengan didikan agama, supaya boleh menjadi penyambung rantai perjuangan nabi pada masa akan datang. Moga menjadi miftahul jannah buat kita di akhirat nanti.

Kebanyakan sekolah agama telah ada tanzim lengkap jamaah islam, mudah-mudahan anak-anak kita bersama dengan jamaah islam sejak di bangku sekolah lagi. Allahuakbar!

Wednesday, September 26, 2012

Hina Hudud..Umno ke Ni?



Cybertrooper Umno kini makin terdesak apabila Pakatan Rakyat mula membentangkan Bajet Pakatan Rakyat. Kini kebanyakan cybertrooper Umno mula membuat propaganda bagi memecahbelahkan kesatuan dalam Pakatan Rakyat (koje biase puak Umno).

Terbaru poster di atas ni telah disebarkan oleh seorang cybertrooper Umno @ Suara Dari Bumi. Apa motif meletakkan tangan dipotong dan Al-Quran di hadapan? Motifnya jelas adalah untuk menghina hukum Allah dan cuba menakutkan bukan Islam. Jika cybertrooper itu adalah orang Islam, semoga Allah memberikan hidayah kepada beliau.Seperti biasa cybertrooper Umno tidak akan dapat menjawab segala persoalan yang dibangkitkan.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails