Thursday, September 6, 2012

Laporan polis untuk YB Tambun


(Gambar Program Umno yang didakwa menghina TG Nik Abdul Aziz Nik Mat)

IPOH: Pemuda PAS Kawasan Tambun hari ini membuat laporan polis berhubung tersebarnya gambar di laman sosial menunjukkan satu program BN yang didakwa memaparkan penghinaan kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam gambar itu kelihatan wajah Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah memberi penerangan dalam majlis yang tertulis 'Majlis Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian Tambun.

Ahmad Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun dilihat seperti sedang merujuk kepada paparan slide di sudut pentas di program tersebut.

Difahamkan program tersebut berlangsung di Hotel Syuen, Ipoh pada 2 September lalu.

Dalam slide itu secara jelas tertera wajah Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan dengan tajuk disebelahnya 'Extrem Islam' dan perincian seperti 'Fanatik', 'kasar dan kesat', 'mewajibkan yang tidak wajib, 'berprasangka buruk' dan 'mengkafirkan orang Islam'.

Ketua Pemuda PAS Tambun, Zairul Azrun Zainal Abidin mendakwa tuduhan yang dibuat dalam program anjuran Umno itu biadap dan sangat keterlaluan.

“Fitnah yang dilemparkan kepada Tok Guru sangat berat terutamanya menuduh Tok Guru mengkafirkan orang Islam,” katanya kepada Harakahdaily selepas membuat laporan polis di IPD Sungai Senam Ipoh, hari ini.

Zairul menegaskan, Pemuda PAS Tambun mengutuk sekeras-kerasnya fitnah yang dilemparkan oleh ahli parlimen kawasannya itu dan menyifatkan ianya satu tuduhan melampau.

“Kami berharap pihak polis dapat menjalankan siasatan segera terhadap gambar tersebut seterusnya mengenakan tindakan kepada Menteri Kewangan itu,” ujar beliau.

Dalam perkembangan berkaitan, Zairul berkata, pihaknya juga telah membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak terhadap gambar tersebut.

Hadir sama ialah peguam Pemuda PAS Perak, Fitri Asmuni; Exco Pemuda PAS Perak, Ustaz Hafez Sabri dan pimpinan Pemuda PAS Kawasan Tambun.

Monday, September 3, 2012

Dr Hasan Ali bergambar dengan wanita seksi



Pendedahan terbaru menyaksikan Dr Hassan Ali Jati bergambar bersama tokey besar ikan bakar. Bukan setakat itu, Panglima jati ini telah berkepit dengan 5 orang wanita yang telah diselamatkan 'akidah'nya.
Bukan main rapat panglima jati dengan perempuan itu..ehem..

# Semakin hari semakin dilihat terpesong Dr Hasan Ali dari jamaah dan semakin hilang keperibadiannya sebagai salah seorang ahli jamaah islam. Lihatlah kesan apabila meninggalkan jamaah dan menjadi kemuncup dalam perjuangan..akhlak islamiah semakin terhakis. Lawan telah menjadi kawan. Perkasa dan Umno dibela dan didampingi. Jamaah islam yang dulunya membimbingnya telah dikhianati dan difitnah pelbagai macam. Semoga Allah memberi hidayah kepada beliau..amin

Friday, August 31, 2012

Gambar Janji Bersih di Perak

Taklimat sebelum Kembara Dakwah bermula

Saat terakhir sebelum bergerak ke Dataran Ipoh

Peserta di Dataran Ipoh

Exco Dppk Tambun dalam Kembara Dakwah


Detik 12 tengah malam.. MERDEKA!!

Pimpinan PAS di barisan hadapan. Ustaz Abu Bakar dan Dato Seri Nizar

Ucapan penutup Kembara Dakwah oleh Ketua Lajnah Tarbiah DPP Perak


Malam semalam bersempena malam kemerdekaan, 30/8/2012. Dppk Tambun telah menyertai Kembara Dakwah anjuran Dewan Pemuda PAS Perak. Destinasi kembara adalah di Dataran Ipoh dan Padang Polo dimana sasaran mad'u majoriti terdiri dari anak muda. Di Dataran, group Kembara Dakwah telah bergabung dengan group 'Janji Bersih' yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar, PJ PAS Perak. Sebaran artikel dakwah berjalan lancar dan semoga simple method ini dapat membuka hati mad'u dekat kepada Islam dan menyokong perjuangan PAS dan PR.

Wednesday, August 29, 2012

Takziah untuk Ketua Pemuda PAS Tambun


Photo: Allahuakhbar malam raya d hosp bainun, abah smakin uzur.. Ya Allah engkau lebih tahu ttg sukatan rezeki dn umur abah. kami serahkn pejuang ini kpdMu
Saat-saat terakhir bersama ayahanda tercinta


Moga Allah mengurniakan syurga buat beliau..amin

Pada Jam 2.15 ptg 27 ogos di wad 5b d Hosp Permaisuri Bainun , Insan ini telah kembali kepada kekasihnya, semoga roh Abah di golongkan dikalangan mereka yg berjuang di jalan Allah dan dimasuk di dalam saf para pejuang Agama Allah yg maha suci ini.. kepada sahabat dan saudara mara yg hadir dari jauh sanggup memecut dari melaka, segamat , shah alam, kuala lumpur , pulau pinang, .. Ya Allah siapakah jiwa yang kaku ini sehingga mereka tidak di arah dan di minta, hanya iringan doa pun sudah mencukupi..jawapannya ialah inilah ikatan ukhwah yg lebih hebat dari hubungan persaudaraan dan kepada yang tidak putus-putus melayangkan doa dan takziah dan kepada petugas Unit Amal yang memberikan kerjasama pada hari itu, para jentera parti dan seluruh yg hadir menyembahyangkan jenazah dan mengiringi jenazah Abah hingga ke liang kubur dan sama-sama menyermpurnakan pengebumian sehinggalah kepada selesai talkin dan doa... saya ucapkan ribuan terima kasih hanya Allah sahaja yg mampu membalas segala-galanya.. terima kasih, terima kasih , terima kasih..

nukilan oleh: Akh Zairul Azrun 

Seluruh kepimpinan Dppk Tambun mengucapkan takziah atas pemergian ayahanda akh Zairul Azrun selaku Ketua Pemuda PAS Tambun. Kami doakan agar belaiu ditempatkan bersama golongan yang bertaqwa dan berjihad di jalanNya..amin

Program Janji Bersih

BaitulMuslim akh FakhrulRazi



Dppk Tambun mengucapkan tahniah kepada akh FakhrulRazi atas pernikahan beliau baru-baru ini.
Semoga baitulmuslim yang dibina dapat memberikan kekuatan dan iltizam terus kepada perjuangan Islam.

 Alhamdulillah. semoga Allah memberkati kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan. Selamat menuju mawaddah, rahmah dan sakinah...

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fii khair..

Gotong royong di KotaRaja



Mari bersama menambahkan pahala di Syawal ini.
Bersama membantu membangunkan pusat tarbiah..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails