Wednesday, June 29, 2011

Campus Live anjuran Nisa Tambun

Peserta campus live

LDK bersama FC


Peserta tanfiz pun join campus live

Cenderahati kepada KP Parit sbg penceramah jemputan

Ubah angin jap..cerita pasal Nisa lak.
Ahad lepas, Nisa Tambun telah menganjurkan Campus Live di UTP 
Tronohdgn kerjasama Helwi UTP. Pendedahan hidup di universiti
 telah dikupas dlmprogram ini. Penceramah jemputan KP Parit / CEO Suria Horizon
Ustaz Hakim Nor telah dijemput sbg penceramah motivasi.
Beberapa orang peserta tanfiz juga telah mengikuti program ini. 

Berbaik sangka sesama aktivis dakwah


Hubungan yang baik antara manusia yang satu dengan lain, dan khususnya antara aktivis Dakwah dengan aktivis Dakwah yang lainnya merupakan sesuatu yang harus dijalin dengan sebaik-baiknya. Hal ini karena, Allah SWT telah menggariskan bahwa mu’min itu bersaudara. Itu sebabnya, segala bentuk sikap dan sifat yang akan memperkokoh dan memantapkan persaudaraan harus ditumbuhkan dan dipelihara, sedangkan segala bentuk sikap dan sifat yang dapat merusak ukhuwah harus dihilangkan. Agar hubungan ukhuwah islamiyah itu tetap terjalin dengan baik, salah satu sifat positif yang harus dipenuhi adalah husnuzh zhan (berbaik sangka).
Oleh karena itu, apabila kita mendapatkan informasi negatif tentang sesuatu yang terkait dengan peribadi seseorang apalagi seorang muslim, maka kita harus melakukan tabayyun (pemeriksaan/kajian) terlebih dahulu sebelum mempercayai apalagi meresponnya secara negatif, Allah SWT berfirman yang artinya:
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu (QS 49:6).

Tuesday, June 28, 2011

Undian tajuk Sejuta Sokong Bersih meningkat 98%

KUALA LUMPUR, 27 Jun: Keputusan undian “SEJUTA SOKONG BERSIH 2.0"  meningkat  secara mendadak 300 peratus kepada 1,644 undian berbanding dengan tajuk sebelum ini "UTUSAN HINA ISLAM" yang mendapat 515 undian sahaja.
Keputusannya undian tajuk ini adalah 98.24 peratus atau 1,615 daripada 1,644 bersetuju dengan tajuk tersebut dijadikan tajuk utama Harakah.
Walaubagaimana pun terdapat 25 undian (1.52%) yang tidak bersetuju dan 4 undian (0.24%) yang berkecuali.
Untuk melihat keputusan terperinci terhadap undian semasa dan yang telah dilakukan sebelum ini, boleh terus kepada link http://myharakah.net/polls.php
Sebelum ini tajuk-tajuk yang mendapat undian yang tinggi adalah PUTAR BELIT NAJIB dengan 1091 undian dan  BUBAR UMNO MASUK PAS dengan 942 undian. Lain-lain tajuk biasanya mendapat antara 300 hingga 600 undian sahaja.
Mulai hari ini, undian  dilakukan terhadap tajuk muka depan Harakah Wajarkah perkataan" BERSIH & BERKEBAJIKAN "  digunakan sebagai tajuk berita utama.  Sejauh mana popularnya tajuk ini digunakan sebagai tajuk utama akhbar Harakah akan dilihat dalam tempoh dua hari, yakni hari ini dan esok.
Undian ini terbuka kepada semua pembaca dan mereka boleh mengundi sekali sahaja sama ada untuk setuju atau tidak setuju atau tidak pasti dengan pilihan tajuk berkenaan.http://myharakah.net/polls.php

Monday, June 27, 2011

Demo boikot Utusan

Demo dimulakan dgn laungan takbir..Allahuakbar!


Ustaz Taliban membacakan doa

Gimik bako Utusan..kite bako!


Antara yg hadir dlm himpunan

Jumaat lepas satu demo bagi membantah kebiadapan Utusan 
menghina Islam telah diadakan di Masjid Negeri Ipoh.
Setelah seminggu PAS memberikan tempoh utk Utusan menarik 
balik penghinaan itu, Utusan tetap membutakan mata, 
mempekakkan telinga dgn desakan pembela Islam.
Maka jumaat lepas PAS telah membuat demonstrasi di masjid2
seluruh negara utk membantah dan memboikot Utusan.

Beli Utusan= Membenarkan Utusan Hina Islam= Menyokong Islam Dihina

Thursday, June 23, 2011

Himpunan Tolak UM

Himpunan Membantah Penghinaan 
oleh 
Utusan Malaysia Terhadap Syariat Islam

Tarikh: 24 Jun 2011/ Jumaat 
Tempat: Masjid Negeri  Ipoh. 

Bermula Selepas solat jumaat

Wednesday, June 22, 2011

Penting buat demonstran BERSIH 2.0!


Sekadar peringatan bersama..











Tolak Negara Berkebajikan Tidak Faham Politik Islam




Apabila Pas menjadikan tema muktamar pada tahun ini Membangun Negara Berkebajikan, ramai mereka yang berada di luar Pas begitu gelisah sehingga ada yang mendakwa Pas menciplak idea Barisan Nasional yang telah lama mereka laksanakan. Namun dipihak yang sama juga mengatakan Pas telah lari daripada agenda asalnya yang meletakkan Islam sebagai dasar.

Jika itulah yang difahami oleh mereka, benarlah mereka tidak mendasari politik Islam dan agama Islam itu sendiri. Mereka mendakwa menjaga kebajikan rakyat dengan memberi bantuan subsidi, membina pembangunan untuk rakyat tetapi dalam masa yang sama, berapa banyak hak rakyat yang diketepikan, berapa banyak pembaziran dan kezaliman dilakukan kepada rakyat.

Negara Berkebajikan yang dibawa oleh Pas dipandu oleh Al Quran dan Sunnah serta ada tauladannya dalam sejarah pemerintahan para nabi seperti Nabi Sulaiman, Nabi Yusuf dan Nabi Muhammad serta khulafa' arrasyidin dan lain-lain. Ia juga melibatkan kebajikan fizikal dan kebajikan spiritual rakyat. Negara Berkebajikan yang menolak melakukan kemungkaran dalam pemerintahan. Sebaliknya negara yang dibina berasaskan taqwa kepada Allah dan memberi keadilan kepada makhluknya yang menjadi penghuni negara. Adakah ada ciri-ciri ini kepada yang mendakwa turut sama melaksanakan Negara Berkebajikan itu?

Bagaimana dengan sumber negara dan amalan hidup kepimpinan negara? Ini sahaja belum bebas daripada dosa pahala yang menjadi perkiraan negara berkebajikan yang diredhai oleh Allah swt. InsyaAllah dalam masa terdekat ini saya sedang menyiapkan sebuah tulisan yang akan dibukukan berkait dengan memahami Negara Berkebajikan ini. moga ianya menjadi satu panduan dan pencerahan kepada golongan yang mengetahui dan tidak mengetahui



Presiden PAS
Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails