Monday, October 25, 2010

Umno tabur impian rumah rakyat di Galas

GUA MUSANG, 25 Okt: Menjelang hari penamaan calon pilihan raya kecil Dun Galas, esok, kini kedua-dua parti sedang bersiap sedia mempamerkan kekuatan menjelang perarakan.
Bandar Gua Musang yang terletak hampir 200 kilometer dari Kota Bharu dan 300 kilometer dari Kuala Lumpur mulai dilimpahi manusia. Ramai yang tidak dikenali kelihatan di sana-sana.
Biar pun hari penamaan calon agak luar biasa kerana diadakan pada hari bekerja, namun ia tidak menghalang kedatangan tenaga kempen dari luar.
Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tersebut dianggap banyak pihak sebagai tidak mesra pengundi. Mengambil kira hari mengundi juga jatuh pada hari bekerja, kerajaan negeri menjadikan 4 November ini sebagai cuti umum di Kelantan.
Manakala petugas parti di kalangan penduduk tempatan dan pembantu dari luar mulai memasang sepanduk dan lambang parti di kawasan mereka malam sehingga awal pagi tadi.
Semalam juga berakhir teka teki siapa calon Barisan Nasional (BN), apabila Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Setiausaha Umno Gua Musang, Abdul Aziz Yusof.
Pengumuman itu mengiyakan telahan yang dibuat banyak pihak sebelum ini, orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah dipilih sebagai calon bagi meneruskan cabaran merampas semula Dun Galas.
“Nampaknya usaha Ku Li untuk memastikan orang kanannya diberi tempat benar-benar menjadi kenyataan. Saya juga diberitahu Ku Li memberi kata dua itu kepada pemimpin kanan Umno di Kuala Lumpur.
“Difahamkan Ku Li hanya menerima pelantikan sebagai pengarah jentera pilihan raya BN sekiranya calon dipilih atas kehendaknya,” kata seorang aktivis Majlis NGO Kelantan.
Beliau juga mendakwa Ku Li menolak cadangan banyak pihak dalam Umno untuk memberi peluang kepadanya sebagai calon di Galas.
Katanya Ku Li sudah melihat dari awal lagi pengaruhnya tidak mampu lagi menarik simpati pengundi di Galas.
“Ku Li sudah tidak ada apa-apa kuasa dan kedudukan dalam Umno sekarang. Jadi sekarang tidak ada apa-apa yang mampu beliau janjikan kepada rakyat Galas.
“Lagi pun rakyat Gua Musang kenal siapa Ku Li. Kalau tanpa ada Kesedar yang bertanggungjawab membangunkan kawasan hulu Kelantan, tiada projek besar yang mampu dilaksanakan kerajaan pusat,” ujarnya lagi.   
Muhyiddin juga seperti tidak serik apabila terus menabur janji ketika janji 2009 di Manek Urai belum membuahkan hasilnya.
Jambatan yang menyeberangkan Sungai Lebir di Kampung Manek Urai lama belum kelihatan selepas lebih setahun pilihan raya Dun berkenaan berlalu.
Semalam tiba-tiba Timbalan Presiden Umno itu mendakwa kerajaan pusat memperuntukkan RM180 juta bagi membina 1,500 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Kata beliau  rumah itu untuk disewakan dan dijual kepada penduduk miskin dan berpendapatan rendah.
“Projek PPR ini adalah satu nikmat besar kepada rakyat di Gua Musang, kalau nak tunggu kerajaan negeri melaksanakannya, ia adalah sesuatu mustahil, ibarat menunggu bulan jatuh ke riba.
“Walaupun kerajaan Pusat membelanjakan RM180 juta bagi membangunkan projek ini, namun paling istimewa rakyat berpeluang memilikinya kelak pada harga kira-kira RM35,000 seunit atau menyewanya pada kadar RM124 sebulan,” katanya ketika melancarkan Projek PPR Gua Musang di Kompleks Sukan Kesedar semalam.
Gimik kerajaan BN itu dianggap banyak pihak sebagai ketinggalan jauh di belakang memandangkan kerajaan negeri sejak lebih 10 tahun lalu menyediakan lebih 1,500 lot rumah di Tanah Putih.
Kini Tanah Putih sudah bertukar dari hutan belantara menjadi penempatan tersusun.  Isunya sekarang rakyat perlu memiliki tanah untuk membina kediaman sendiri dan bukan lot di atas angin.
Lagi pun tidak ramai yakin kemampuan Muhyiddin untuk menunaikan segala janji  tersebut ketika kantung duit kerajaan BN sudah kering.
Ada pihak berhujah kerajaan BN di bawah Datuk Seri Najib Razak kini mengharapkan sumbangan dari duit judi Nombor Ekor, Magnun dan apa-apa sahaja bentuk perjudian bagi menampung dana kerajaan.
Kalau sebelum ini keputusan bagi setiap cabutan numbor dibuat sekali sebulan, namun sekarang sampai enam atau tujuh kali dalam tempoh tersebut. Dan setiap cabutan dibuat pengusaha tempat perjudian dapat mengumpul pendapatan sehingga RM7 juta.
Seorang bekas pegawai polis mendakwa tidak ramai yang tahu kepincangan pengurusan kewangan negara di bawah Najib sekarang.
“Pemimpin BN hanya menuduh kerajaan Pulau Pinang menggunakan hasil duit judi untuk warga emas, sedangkan sumber  pendapatan kerajaan BN diambil dari judi disenyapkan,” katanya.
Mengambil kira banyak kepincangan urus tadbir negara dan kebimbangan Najib kemaraan  Pakatan Rakyat menjejak kaki ke Putrajaya pada pilhan raya umum ke-13, bebanan berat sedang dipikul Abdul Aziz di Galas sekarang.
Abdul Aziz yang sekadar berpendidikan setakat SPM tidak mampu untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku dalam negara kepada rakyat. Pengundi  Galas perlu mengambil kira perkara ini.
Pilih pemimpin yang  tidak menghiraukan soal dosa dan pahala bakal mengundang bala kepada penduduk Dun Galas.
sumber: Harakahdaily

Ansari Abdullah calon PKR di Batu Sapi

SANDAKAN, 24 Okt: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan peguam, Ansari Abdullah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.
Pengumuman itu dibuat Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi di Dewan Hakka, Jalan Utara, dekat sini.
Turut bersama di majlis pengisytiharan calon itu ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Naib Presiden, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Sementara itu, Barisan Nasional mengumumkan isteri kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah, Datin Linda Tsen yang juga Timbalan Ketua Wanita PBS Elopura sebagai calon parti itu.
PRK yang akan berlangsung 4 November ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru apabila Parti maju Sabah (SAPP) membuat keputusan untuk meletakkan calon.
sumber: Harakahdaily

Sunday, October 17, 2010

Pemuda PAS Sarawak siap sedia hadapi pilihan raya

BINTULU, 17 Okt: Dewan Pemuda PAS negeri Sarawak kini siap sedia menghadapi pilihan raya negeri itu yang dijangka diumum mengejut dalam masa terdekat.
Biarpun pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Ketua Menteri Tan Sri Abd Taib Mahmud belum memberi apa-apa bayangan tentang tarikh sebenar pilihan raya negeri itu, namun bagi pemuda PAS negeri itu, segala persiapan siap sedia diatur.
Kesediaan mereka dizahirkan pada Program Munaqasyah Ucapan Dasar Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat yang berlangsung di Medan Jaya, Bintulu semalam.
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi antara pemimpin Dewan Pemuda PAS Pusat yang hadir dan turut membentangkan dua kertas kerja bertajuk "Murnikan Perjuangan" dan "Maknakan Kemenangan".
"Program ini adalah sebagai motivasi kepada seluruh pemuda PAS di negeri Sarawak dalam menghadapi Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak yang dijangka tidak lama lagi.
"Kehadiran pimpinan pemuda dari seluruh kawasan membuktikan bahawa pemuda telah bersiap siaga untuk menghadapi pilihanraya negeri Sarawak," ujar Ketua Pemuda PAS negeri, Abang Eddy Allyanni Abang Fauzi.
Antara pimpinan pemuda kawasan yang turut serta pada program tersebut adalah dari Miri, Petrajaya, Bintulu, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Beberapa resolusi turut dicapai khususnya memfokuskan gerak kerja berdepan pilihan raya, antaranya strategi menarik penglibatan golongan pemuda dengan pendekatan yang tepat berdasarkan kesesuaian di tempat masing-masing.
Mereka juga bertekad memperkasa aktiviti penerangan dengan menggunakan segala medium seperti Facebook, Twitter, blog dan program yang bersesuaian.
Selain itu mereka turut meresolusikan untuk lebih peka dan menjuarai permasalahan serta isu di dalam masyarakat setempat bagi menghubungkan PAS dengan masyarakat.
Untuk tujuan itu, mereka akan memastikan Dewan Pemuda PAS Sarawak menjalinkan hubungan yang kukuh dan berperanan dalam Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Sarawak.
Banyak pihak menjangkakan pilihan raya Dun Sarawak akan berlansung mengejut, ekoran keputusan kerajaan menangguhkan perlaksanaan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Rang Undang-undang akta itu sepatutnya dibentang Di Dewan Rakyat yang sedang berlangsung, namun kerajaan mengumumkan ianya ditunda atas alasan mahu mendapat reaksi dari semua lapisan rakyat.
sumber:Harakahdaily

Bajet 2011 tolak tuntutan kesatuan sekerja

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam tidak memenuhi permintaan kesatuan sekerja iaitu pelaksanaan gaji minimum.
"Bajet kali ini tetap tidak menunaikan tuntutan kesatuan sekerja iaitu bonus dua bulan gaji dan RM900 sebulan bagi tuntutan gaji minimum," katanya.
Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena juga dengan sinis berkata, bajet itu merupakan bajet 'seluar dalam' kerana duti import hanya dimansuhkan terhadap barangan yang remeh temeh.
"Ini Bajet 'seluar dalam dan selimut' kerana 'seluar dalam' memainkan peranan penting dalam pemacuan ekonomi berprestasi tinggi, tidak nampak apa-apa perancangan terperinci untuk mencapai ETP (Program Tranformasi Ekonomi).
Berhubung tiada kenaikan kadar tol untuk tempoh lima tahun, beliau berkata, kerajaan tidak memberi jaminan bahawa ia tidak akan dinaikkan selepas tempoh lima tahun.
"Najib hanya memberi jaminan bahawa kadar tol tidak naik selama lima tahun, tetapi tidak ada jaminan berapa peratus kenaikkan selepas itu walaupun kadar peredaran kenderaan kian bertambah setiap tahun," katanya.
Beliau turut mengulas mengenai pengurangan subsidi yang diumumkan Najib.
"Sepatutnya dalam tempoh lima tahun, tidak akan berlakunya pengurangan subsidi atau cadangan melaksanakan GST (cukai barangan dan perkhidmatan),” ujarnya.
Justeru, beliau menyifatkan Bajet 2011 sebagai bajet untuk persiapan menghadapi pilihan raya.
"Tidak ada penstrukturan gaji, pemberian bantuan RM500 bantuan dan beberapa elaun untuk imam dan lain-lain sekadar suatu bajet sebelum pilihan raya," katanya.
Beliau turut berkata, kerajaan gagal mengenalan beberapa masalah pokok yang menghalang persaing ekonomi di kalangan pelabur.
sumber:Harakahdaily

BUDGET 2011-UMNO YANG TIADA NILAI AKHLAK DAN ROH IMAN

Inilah persoalan yang terus dipertikai.  Budget 2011 UMNO menjelaskan gambaran UMNO dan apa yabf berada dalam otak pemimpin UTAMANYA iaitu

1)   Barangan yang dikecualikan cukai ialah seluar dalam, coli/baju dalam, kelambu - untuk bini Najib ROSMAH MANSUR.  Berapa ramaikah yang memakai coli dan seluar dalam yang berjemana mahal.  Siapakah kalau keluar negara memberi berbakul-bakul seluar dalam dan baju dalam?

2)   ROSMAH MANSUR DAPAT RM 111 JUTA.  Ini jenis budget apa?  Bini sendiripun dapat.  Kenapa tidak di upgradekan apa yang sedia ada.  Apakah program PERMATA adalah program terdesak peringkat negara?  Sudah ada Tabuika kemas, kenapa tidak diupgradekan dengan apa yang dimahu oleh RSOMAH?  INI BETUL SATU PEMBAZIRAN.

3)  Betul ke kerajaan yang ada ini mempunyai cukup wang?  Bayaran-bayaran yang semakin bertambah seperti elaun ketua kampung, tok batin, Imam, Siak, guru KAFA?  Apakah nanti akhirnya untuk membayar semua yang dibentangkan maka HARGA PETROL AKAN DINAIKKAN.  rakyat juga akan terus ditekan.

4)   Kenapa harga petrol tidak diturunkan?  Inilah yang dinantikan rakyat.  Najib Razak hanya berani mengatakan harga tol tidak turun dalam jangka 5 tahun.  Berapa ramaikah yang menggunakan tol berbanding dengan penggunaan petrol? Tiada siapakah yang menasihati Najib Razak?

5)   Kenapa tidak di umumkan harga getah naik?  Pemberian biasisiwa untuk pengajian tinggi diadakan balik dan dihapuskan PTPTN?  Ini semua dijaga oleh kroni UMNO

Justeru Al-Qur'an meletakkan bahawa yang paling asas dalam menjaga kewangan negara ialah faktor akhlak. Demikianlah penceritaan panjang lebar oleh Allah dalam surah Yusuf.  Kisah Nabi Yusuf yang menjaga perbendaharaan negara Mesir.  Bebas kroni dan nepotisme kerana menjaga untuk kepentingan rakyat.  Adik beradik Nabi Yusuf 12 orang ramainya.  Kita tidak pernah mendengar bahawa sirah Nabi Yusuf mempunyai ijazah ekonomi yang berjela-jela.  tetapi dengan bekalan amanah dan akhlak sahaja Nabi Yusuf menyelamatkan negara Mesir daripada kebuluran selama 14 tahun lamanya.Kisah benar ini Allah ceritakan bermula diayat 3-4 sebagai renungan. 



BOLEHKAH BUDGET 2011 COLI DAN SELUAR DALAM PEMIMPIN  UMNO BN dipercayai membela rakyat atau terus MENEKAN RAKYAT.

HAPUSKAN UMNO DALAM PILIHANRAYA KECIL GALAS DAN KOTA SAPI.  JANGAN UNDI UMNO YANG SUDAH TIDAK BERAKHLAK.

UNDILAH CALON PAS DAN PR DALAM PRK GALAS DAN KOTA SAPI DAN PRU 13 UNTUK KESEJAHTERAAN HIDUP RAKYAT


Ustaz Wan Ahmad Tarmizi
Ketua Dewan Urusan Ulama
Pas Kawasan Tambun

Tuesday, October 12, 2010

PEMUDA TAMBUN KE IJTIMA TARBAWI








Wang judi: Warga emas tolak fitnah Umno

BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.
Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.
Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.
Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.
"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.
Seorang warga emas, Zainab Mat (kanan) dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.
"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.
Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said (kiri) dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.
"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.
Bagi Sambasivam (kanan) pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.
Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.
sumber:Harakahdaily

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails