Tuesday, January 14, 2014

Usrah khas

Usrah bersama Ust Syed Abd Kadir Aljofree.

Usai usrah & taujihat yg disampaikan oleh naqib Ust Syed Abd Kadir kpd pemuda Pas Tambun.

'Pentingnya stiap ahli harakah islamiah mempunyai ilmu tasawuf, utk memandu hati kita supaya tidak terpesong dgn bisikan syaitan' - Ust Syed Abd Kadir

Monday, January 6, 2014

Laporan polis bughah

Exco Dppk Tambun selesai membuat laporan polis berhubung wawancara isu 'bughah' Mufti Perak.
Wawancara tersebut melaporkan bahawa Tan Sri Harussani mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini sebagaimana yang telah dilaporkan oleh akhbar Berita Harian bertarikh 2/1/2014 di atas tajuk; ‘Kerajaan Usah Berlembut’ yang mana Berita Harian melaporkan bahawa Tan Sri Harussani telah menyatakan : “…Sepatutnya peserta perhimpunan ditangkap kerana menderhaka kepada kerajaan dan dari hukum syarak, dihalalkan darah golongan bughah.”
Laporan laporan daripada akhbar akhbar ini adalah respon berkaitan dengan Perhimpunan Aman yang telah dianjurkan pada malam 31/12/13 oleh pihak yang tidak berpuas hati terhadap kenaikan harga harga barang yang dikenali sebagai perhimpunan ‘TURUN’.
Kenyataan yang dikatakan oleh Tan Sri Harussani sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar Berita Harian pada 2/1/2014 “…dihalalkan darah golongan bughah” dan kemudiannya dilaporkan oleh akhbar Sinar Harian pada 5/1/2014 bahawa Tan Sri Harussani tetap dengan kenyataan beliau sebelum ini adalah SATU HASUTAN MEMBUNUH. Beliau yang berjawatan Mufti negeri Perak boleh menyebabkan masyarakat boleh menyalah tafsir dengan menyatakan kenyataan tersebut adalah fatwa; dan ianya juga boleh memberi kesan negatif kepada rakyat Negara ini untuk melakukan pembunuhan dan pertumpahan darah serta ketegangan orang ramai sedangkan tidak ada didalam mana mana peruntukan undang undang boleh mengambil nyawa seseorang seperti itu. TAMBAHAN PULA, perhimpunan TURUN tersebut adalah perhimpunan aman dan mana mana perhimpunan aman adalah dijamin oleh Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Diharap satu siasatan yang terperinci dapat dilakukan oleh pihak polis demi kepentingan awam.

Thursday, January 2, 2014

PASTI terbaik

Pendaftaran PASTI Kwsn Tambun diadakan serentak pagi ini. Secara keseluruhan kesemua 13 unit PASTI mencatatkan peningkatan yg besar dan positif dari jumlah murid berbanding tahun sebelumnya.

Tahniah buat semua pemuda yg membantu kempen promosi PASTI anjuran Dppk Tambun & PASTI Kwsn Tambun. Tahniah juga buat ibubapa yg menghantar anak ke PASTI, pilihan yg bijak!

Wednesday, January 1, 2014

Ziarah pemuda kemalangan

Sebentar tadi Exco Dppk Tambun yg diketuai oleh Ust Hafez Sabri telah menziarahi & memberikan sumbangan kepada sahabat pemuda kg.sri kelebang Mohd Hafizul di hospital ipoh.
Beliau telah terlibat dlm kemalangan semalam dan disahkan tulang pahanya patah. Kos rawatan RM 800.
Sahabat2 yg ingin memberikan sumbangan utk membantu rawatan beliau, sila hubungi exco sdr Shafiq Ariffin utk tindakan selanjutnya.

Demonstrasi cukai

DEMOSTRASI AKIBAT CUKAI PADA ZAMAN ZOHIR BABERS

Sebelum berlakunya Perang Ain Jalut pada 1260 M, berlakunya beberapa peristiwa penting yang berkaitan dengan cukai sehingga menyebabkan rakyat bangkit dan menentang kerajaan ketika itu.

Zohir Babers yang merupakan “Menteri Besar” Kaherah telah dilantik oleh Raja Mesir ketika itu, Saifuddin Quttuz, untuk mengepalai peperangan Ain Jalut, iaitu Perang di antara tentera Mesir dengan tentera Tatar.

Disebabkan belanjawan perang yang tidak mencukupi, beliau (Zohir Babers) bersama Ahli Jawatankuasa telah memutuskan untuk mengenakan cukai kepada rakyat, bagi menampung perbelanjaan tersebut. Beliau telah memanggil ulamak-ulamak di seluruh Mesir untuk berbincang dari segi hukum hakamnya.

Setelah ditanya kepada semua ulamak yang hadir, Syeikh al Izz Ibn Abdus Salam bangkit menyatakan tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Beliau mengatakan;

“Haram mengenakan cukai kepada rakyat selagimana kemewahan masih terdapat dalam istana tuanku”

Bermaksud, haram mengenakan cukai kepada rakyat sedangkan pemerintah masih hidup bermewah. Lalu Syeikh al Izz Ibn Abdus Salam dihalau keluar dari bumi Kaherah, menyebabkan rakyat bangkit berdemostrasi menentang kerajaan yang menghalau seorang ulamak yang berani menyatakan hukum haramnya cukai ketika itu.

Lalu cadangan mengenakan cukai dan tindakan menghalau Syeikh al Izz Ibn Abdus Salam dibatalkan. Setelah cukai tidak dikenakan, rakyat bangkit memberi sumbangan dan keperluan perang bagi sama-sama menghadapi tentera Tatar sehingga berjaya dengan slogan

وإسلاماه

*wa Islamaah = demi Islam yang tercinta

Muhammad Mujahid Ibnu Ir Fadzil,
Exco Dewan Pemuda PAS,
Negeri Perak.

Himpunan besara-besaran

Kenyataan Media
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

HIMPUNAN LEBIH BESAR JIKA KERAJAAN GAGAL BERUBAH
(1 Disember 2014)

Saya mengucapkan jutaan tahniah dan syabas kepada ribuan anak muda yang hadir dengan berpakaian hitam di Dataran Merdeka malam tadi. Saya menganggap kehadiran mereka sebagai tanda rakyat amat menghormati nilai demokrasi di negara ini. Anak-anak muda hadir dengan penuh semangat mengenepikan sentimen perkauman, warna kulit, agama dan budaya semata-mata dengan satu suara, iaitu membantah kerajaan menaikkan harga barangan.

Kehadiran mereka adalah sebagai suatu amarah dan juga amaran, bahawa rakyat tidak boleh berdiam diri dengan kesempitan hidup yang dialami. Saya juga ingin menyatakan rasa yang sama, bahawa himpunan malam tadi adalah permulaannya dan jika kerajaan tidak berganjak dengan sikap degil dan tidak bertoleransi dengan rakyat, himpunan yang jauh lebih besar dari ini akan digerakkan.

Dalam pada pelbagai tohmahan dilemparkan terhadap himpunan malam tadi, seperti himpunan mahu menggulingkan kerajaan, kini setelah selesai himpunan, kita semua tertanya kerajaan mana yang telah terguling, bom mana yang sudah meletup, dan di mana dia kebimbangan mengenai lebih daripada 1300 laporan polis dibuat terhadap penganjur?

Jelaslah kini bahawa segala tohmahan tersebut adalah sekadar ketakutan terhadap bayang-bayang sendiri serta igauan buruk bahawa rakyat bangkit menentang kebobrokan dan kepongahan kerajaan. Kerajaan dilihat gagal mengurus tadbir negara dengan baik dan membiarkan rakyat terus sengsara dengan kenaikan harga barang, sedangkan pemimpin negara hidup mewah dan berboros berbelanja hasil duit rakyat.

Tohmahan dan ancaman yang dilemparkan tidak mampu melemahkan kebangkitan rakyat, malah anak muda semakin bersemangat dan berani menyatakan sikap tanpa menghiraukan risiko yang bakal ditempuh.

SUHAIZAN KAIAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

New Year 2014

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails