Saturday, May 14, 2011

Utusan Malaysia semakin haprak




Utusan Malaysia Pemangkin Fikiran UMNO bukan Pemangkin Fikiran rakyat



1. Kebelakangan ini, Utusan Malaysia bagai di"rasuk" dengan persembahan headline yang agak liar dan bersifat provokatif tanpa mengambil kira kesan langsung yang bakal dihadapi oleh negara dan rakyat seluruhnya. Jelas kelihatan seperti Utusan Malaysia tidak sabar - sabar mahu menunjukkan wajah sebenarnya sebagai alat misionery pihak tertentu apabila Utusan Malaysia bukan sahaja sanggup mengenepikan etika kewartawanan yang bernilai tinggi tetapi tergamak mempalit wajahnya dengan laporan bertaraf jalanan dan berita bertaraf lucah.


2. Saya tidak menafikan seketika dulu, Utusan Malaysia pernah menjadi akhbar terbilang di rantau ini , namun malang sejak mutaakhir ini prestasinya menjunam teruk dengan taraf dan standard berita yang kian runtuh etika dan susut nilainya pada mata masyarakat berinformasi. Tagline Utusan Malaysia "Pemangkin Fikiran Rakyat" kini menjadi "Pencelaru Fikiran Rakyat".


3. Nilai dan etika kewartawanan seperti benar, tepat, berinformasi, bertanggungjawab dan sebagainya tidak lagi menjadi prinsip utama dalam melaporkan berita kepada masyarakat umum. Sebagai contoh laporan berita bertulis dan bergambar mengenai video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang disiarkan dengan cara yang sangat tidak bermoral bagi sebuah akhbar yang kononnya menjadi pemangkin fikiran rakyat sedang pihak yang ditohmah belum didakwa, disiasat dan dibuktikan bersalah. Malah mana - mana pihak yang didapati bersalah sekalipun, tidaklah wajar kisahnya dipaparkan kepada umum, inikan pula paparan yang bermaksud untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah serta menghina.


4. Negara kita ada undang - undang dan peraturan sementara negara juga memiliki pendakwaraya, mahkamah dan hakim. Kenapa Utusan Malaysia pula yang mengambil alih tugas sebagai pendakwaraya, mahkamah dan hakim. Negara akan runtuh peradabannya jika perkara ini dibiarkan berlarutan dan berleluasa.


5. Terkini Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai kononnya terdapat usaha untuk mengkristiankan negara dengan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi. Lebih malang, berita itu hanya dipetik dari sebuah blog yang tidak bertanggungjawab. Tanpa mempedulikan implikasi dari laporan yang dibuat, Utusan Malaysia akhirnya menjatuhkan tarafnya dan duduk sama ranking dengan blog nyamuk.


6. Tika ini, blog tersebut telah memadam postingnya berkait isu ini dan Utusan Malaysia menerima tamparan hebat dari semua pihak termasuk dari MCA yang menjadi sekutu dan kompenan Barisan Nasional apabila dianggap tidak berhati - hati membuat laporan malah dilihat gelojoh tidak menentu hala dalam membuat serangan kepada ppihak pembangkang. Hilang rasional dan kematangan sebagai sebuah akhbar yang berusia dalam negara ini.


7. Sebahagian rakyat mula menunjukkan reaksi mual dan tidak selesa mereka terhadap sikap dan pendekatan Utusan Malaysia pada hari ini. Layaknya Utusan Malaysia menjadi "Pemangkin Fikiran UMNO" bukan "Pemangkin Fikiran Rakyat". Justeru ia kini menjadi 100% lidah rasmi UMNO bukan lagi menjadi media umum yang perlu diakses oleh seluruh rakyat. Sebaliknya Utusan Malaysia dicadangkan agar ditulis besar pada penjuru kirinya : "Untuk Ahli UMNO sahaja".


8. Saya percaya, andai trend ini kekal dan berlarutan, Utusan Malaysia akan kehilangan pembeli dan pembaca popularnya dan Sinar Harian akan menjadi tumpuan masyarakat teramai dan hitnya akan jauh mengatasi Utusan Malaysia.Tinggallah Utusan Malaysia dengan keangkuhannya dan ditindih perasan serta syok sendiri yang ketara.


9. Sementara tidaklah mengapa jika Utusan Malaysia mahu mengkritik pembangkang biarpun secara demokratiknya keadaan masih berat sebelah, tetapi biarlah benar, tepat dan berfakta. Jika tersilap, segera memohon maaf dan siarkannya secara terbuka pula.


10. Saya tidak perlu menjadi konsultant percuma buat Utusan Malaysia justeru usia mereka di arena kewartawanan ini sayugianya mereka mampu menilai dan dewasa dalam bertindak. Saya sendiri mula diserang rasa rugi membeli Utusan Malaysia yang mula merosot teruk nilai informasinya. Utusan Malaysia kini hanya sarat dengan laporan bersifat provokasi, lucah, berita jenayah dan hiburan. Sementara laporan bernilai informasi yang membangun minda dan membina spiritual terlalu minima.
atau, ada insan yang tidak bersetuju dengan apa yang saya ungkapkan sejujurnya ini ?


Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan


Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi


Ketua Pemuda PAS Pusat

Wednesday, May 11, 2011

Ijtima' PAS Tambun di SRATI


JOM DTG RAMAI2
'KEMANISAN BERJAMAAH UNTUK MEMENANGI PRU 13'



Tuesday, May 10, 2011

Hari Ibu Anjuran DMPK Tambun






Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 yang dah berjaya membesarkn para pejuang islam di atas muka bumi.
8/5/11 lepas, DMPK Tambun dah organize satu event bagi meraikan kaum ibu di Pasar Abdul Rahman bin Auf, Jalan Pemimpin.
Nisa dan Dewan Pemuda pun turut bagi sumbangan dlm menjayakan prog ni dalam khidmat medical check-up.
Tayangan video,jualan,ceramh halal haram dan medical check-up antara aktiviti yg diselitkn dlm prog ni.
Selamat Hari Ibu!

Sambutan Hari Pekerja dan Wacana Kebangsaan kali ke-6



8/5/11 yg  lepas, Sambutan Hari Pekerja dan Wacana Kebangsaan kali ke-6 berjaya diadakan di Pusat Motivasi AtTaqwa.
Antara panelis yang dijemput Hj Mohamad Sabu, YB Abdullah Sani, Hj Hanipa MAidin, Anuar Tahir dan Dato Seri Nizar.
Pekerja ditindas kat Malaysia ni, hasil kerakusan Umno BN kaut semua kekayaan negara.
GAji minima antara isu yg smpai sekarang UmnoBN tak dapat selesaikan.
Inilah antara agenda jahat UmnoBn,biarkan rakyat hidup dlm kmiskinan, 24 jam mencari rezeki untuk keluarga, natijahnya rakyat tiada masa utk fikir masalah negara.
Rakyat semakin miskin,UmnoBn semakin kaya raya..

Wednesday, May 4, 2011

Kematian Osama bin Laden: Respon Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.
Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan keganasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.
Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini.
Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.
Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?


Sekian, wassalam.


Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Sumber: www.blogtokguru.com

Kenyataan Najib Pro Barat atas kematian Osama


"Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osama bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini."
- Harian Metro

Inilah kenyataan Najib Razak dalam mengulas kematian Osama. Kenyataan pak najib ni
jelas gambarkan dirinya pro-barat israel dan tak paham langsung isu global dan umat islam sekarang ni.
Apa kaitan kematian Osama dengan keamanan dunia?
Umum dunia sudah jelas masih ada keraguan dalam propaganda 9/11, Amerika masih tak dapat
buktikan Osama perancang kemusnahan 9/11. Yang jelas tuduhan tak berasas kpd Osama, dan Amerika lah
dalang sebenarnya.
Osama sama sekali tak layak dilabel pengganas kerana menentang imperialis barat yang kuffar.
Pengganas sebenar adalah Amerika dan Israel yang menceroboh Palestin, Iraq, Libya dan
negara2 lain umat islam.
Patutya Najib buat kenyataan..
'Dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Amerika dan Israel'.

Confirmla Najib tak berani buat kenyataan macam ni,
Tatkala umat islam seluruh dunia brsimpati atas kematian Osama,Najib jelas
menunjukkan pendirian pro Baratnya.
Insaflah Najib dan seluruh penyokong kpada pemimpin sekular ini!

Tuesday, May 3, 2011

Sukan PASTI Kawasan Tambun




Sukan PASTI Kawasan Tambun dah tutup tirai.
PASTI Meru menjadi johan dlm acara futsal.
Team futsal dan beberapa selected players akan wakil Tambun
ke Sukan PASTI Negeri.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails