Sunday, October 27, 2013

Hidayah milik Allah

Ketua Pemuda Pas Tambun, ust hafez sabri bersama Tan Sri Muhammad Taib di Konvensyen Pas Perak. Beliau kini bersama perjuangan islam.
Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat(nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis), Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan-perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu
Surah an-nur:ayat 35


Saturday, October 26, 2013

GST bakal bunuh rakyat


Pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) semakin menekan dan membebankan rakyat. Dengan peningkatan kos sara hidup yang semakin menggila, ditambah pulak dgn pengurangan subsidi petrol dan gula, sejauh mana kerajaan BN dapat berikan jaminan bahawa GST tak akan bebankan rakyat? Golongan yang akan menerima kesan teruk adalah dari kalangan rakyat berpendapatan rendah. Pelaksanaan GST waktu ini adalah sgt tidak wajar krn akan terus menekan rakyat dgn peningkatan kos sara hidup. Selaraskan dulu urusan gaji minimum di sektor awam dan swasta, tingkatkan pendapatan isi rumah dsb.

Antara tujuan pelaksanaan GST ni adalah untuk menjana pendapatan negara dan seterusnya memberikan modal untuk membantu pembangunan negara. Ada yg mengatakan ia akan menambah RM 27 billion kpd pendapatan negara. Tiada masalah kalau nak jana pendapatan negara melalui pelaksanaan dasar cukai yg baru ni. Tapi kerajaan BN perlu melakukan homework yang teliti dan menangani dulu sepenuhnya krisis kepincangan, ketirisan dan rasuah yg berlaku dlm perkhidmatan awam dan kroni2 yg dijaga oleh kerajaan BN. Sejauh mana kerajaan dapat berikan jaminan bahawa dgn lonjakan pendapatan negara melalui GST ni tak akan digunakan utk projek pembaziran dan mengenyangkan kroni2 yang telah sedia kenyang?

Saban tahun dana awam digunakan dgn projek mega yg membazir dan ketirisan yang tidak masuk akal. Recall balik Audit Negara 2012:
1) Khazanah Nasional Berhad  gagal uruskan dengan baik 55 buah lukisan bernilai RM3.05 juta. 
2) Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang mendedahkan kehilangan 309 aset PDRM meliputi senjata api, gari dan kenderaan yang bernilai RM1.33 juta.
3)Perbelanjaan tinggi bagi artis K-Pop pada Himpunan Jutaan Belia yang menelan belanja sebanyak RM1.6 juta.

Apa yang dikhuatirkan, negara makin kaya dgn pungutan cukai, rakyat semakin sengsara, kroni2 makin mewah bermaharajalela, kerajaan makin gila membazirkan dana awam.

Sunday, October 20, 2013

Retreat Pemuda Tambun 2014

Alhamdulillah berakhir Retreat Exco Dppk Tambun yg brlangsung selama 2hari. Prog yg padat dgn bengkel kepimpinan & brainstorming kendalian pakar, qiamullail dan tazkirah kepimpinan dr Timb YDP Pas Tambun. Strategic planning dlm masa 2 tahun brjaya dirangka untuk kejayaan politik dan kelansungan dakwah & tarbiah khusus utk anak muda dlm kawasan tambun. Semoga usaha ini akan memartabatkan dakwah islam di muka bumi Tambun

Friday, October 18, 2013

tinta sang murabbi~


Sahabatku ....

1. Perjuangan bukan hanya buah fikir yang dilontar menerusi medium wacana.

2. Perjuangan bukan hanya lantunan suara tinggi yang dilambung menerusi pembesar suara.

3. Perjuangan bukan hanya tegang urat leher mempertahankan hujjah yang dipamer menerusi medan debat.

4. Perjuangan bukan hanya silang lengan membentuk ribat yang disusun gagah menerusi demontrasi

5. Perjuangan bukan hanya tinggi rating dan hit viewer yang dihasilkan menerusi facebook dan twitter.

6. Perjuangan bukan hanya membalut tubuh dengan pakaian hebat yang diimejkan menerusi jubah serban atau kemeja bertali leher.

7. Perjuangan bukan hanya meriwayatkan ilmu yang diungkap menerusi kuliah, forum dan usrah.

8. Perjuangan bukan hanya seni berpencak di pentas politik menerusi penyertaan dalam pilihanraya, penampilan dan kenyataan media mengupas isu.

9. Perjuangan bukan hanya bergaya hebat memimpin jentera dan jamaah yang ditunjuk menerusi jawatan yang disandang.

10. Perjuangan bukan hanya merekodkan pelbagai aktiviti yang dianjur menerusi laporan muktamar tahunan.

tetapi ..... Perjuangan itu adalah merangkumi semua perkara tersebut dan ia diterjemah dalam diary rutin harian justeru Perjuangan juga adalah Perlaksanaan kata - kata.

Nasrudin bin Hassan

Ketua DPPM

Wednesday, October 9, 2013

Pemimpin Akhir Zaman

hayati pemikiran pimpinan kita masa sekarang 
fikir-fikirkan lah 




Dari Abdullah bin Amr bin Ash r.a : Nabi saw bersabda, “Allah tidak menarik kembali ilmu pengetahuan dengan jalan mencabutnya dari hati manusia, tetapi dengan jalan mematikan orang-orang berpengetahuan (ulama).

Apabila orang berpengetahuan telah punah (hilang/lenyap), maka masyarakat akan mengangkat orang-orang bodoh menjadi pemimpin yang akan dijadikan tempat bertanya. Orang-orang bodoh ini akan berfatwa tanpa ilmu; mereka sesat dan menyesatkan. [Hadis 0076]

Tuesday, October 8, 2013

Peribadi Pejuang

Peribadi Pejuang

Pejuang senantiasa akan diuji Allah swt justeru itu adalah sunnah orang berjuang. 

Saya kongsikan 5 Tips untuk memastikan kita mampu berdepan dan tahan uji insyaallah:

a] Lazimi bacaan ayat - ayat suci al Quran al Karim, sekurang - kurangnya 10 ayat sehari.

b] Istiqamah bangun malam untuk solat tahajjud sekurang - kurangnya 2 rakaat. Paling tidak 3 hari sekali.

c] Senantiasa berjamaah dan menghadiri aktiviti Amal Tarbawi dan Majlis Ilmu yang menghidupkan hati dan menyedarkan kita dari kelalaian.

d] Jauhi maksiat dan mungkar kerana ia mencetus kemurkaan Allah swt. dan perbanyakkan amalan sunat seperti solat, puasa dan sedekah. Ia mengukuhkan benteng diri.

e] Banyakkan mujaalasah [duduk - duduk] bersama alim ulama' yang berjuang [haraki] dan menghayati sejarah perjuangan para pejuang terdahulu.





Ikrar Anak Muda untuk terus memperjuangkan Islam dan menjadi benteng ummah menghadapi cabaran semasa dan mendepani keperluan masa depan. 'kelihat KP Tambun Ust Hafez Sabri'


Ijtimak Tarbawi 3.0 menggamit lebih 5K peserta yang terdiri dari pemuda - pemudi yang mencintai Islam dan komited dengan perjuangannya.



Sunday, October 6, 2013

End of Ijtimak Tarbawi

Usai ijtimak tarbawi 3.0. Masing2 dalam perjalanan pulang. Dppk tambun pun sedang bergerak ke kawasan tambun. Pemantapan rohani untuk sentiasa iltizam dalam perjuangan. Tarbiah bukanlah segalanya,tapi semuanya bermula dgn tarbiah.

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man

pesanan buat amilin dan jundullah


Pembaziran Wang Rakyat

Pembaziran Wang Rakyat Yang Perlu Anda Tahu!

PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | RM320,000 untuk kempen Kementerian Kesihatan di Facebook & Twitter,bayar untuk bangun laman

PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Bekalan makanan di stor TLDM didapati melebihi tarikh luput hampir setahun..boleh akibat keracunan

PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit dapati kontrak keselamatan 35 sekolah tak memuaskan..jumlah RM2.051bilion

PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit dapati PDRM hilang 156 gari, 44 senjatapi, 29 kenderaan, 26 walkie-talkie dll. Membazir RM1.33j.

PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit dapati pengurusan eset Ibu Pejabat Polis Bukit Aman 3 negeri tak memuaskan. Komputer pun hilang!
RM38000 rugi akibat kempen bodoh kepada perokok tidak digunakan
Pembekalan TLDM kerajaan rugi 34.5 juta
Kementerian wanita gagal urus bantuan NGO denhan betul, geran yang tidak dibelanja Dan tidak dipulangkan sehingga disember 2010 sebanyak 2,07juta
Kegunaan pesawat polis bernilai 175 juta yang baru dibeli tidak memadai

PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit dapati Kastam beli 7,659 pasang kasut yg tak sesuai. Tak diguna. Rosak dlm stor...buang RM600,000
Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak melalui Daya Builders Sdn Bhd tidak mengamalkan sebutharga/tender. - Laporan Audit Negara 2012
Audit- pengurusan aset maritim kurang memuaskan
Audit- pangkalan udara bertam yang dibina dengan kos RM 43.56 juta rosak
Audit- khazanah ditegur 55 lukisan bernilai RM 3.05juta dibeli sejak 2005 tidak dipamer Dan simpan dengan teratur
Audit- susu 1Malaysia disimpab ditempat berisiko, menurut laporan kes keracunan makanan melibatkan suau 1 Malaysia sebanyak 97 kes pada tahun 2011 Dan 78 kes 2012
Audit- kerajaan rugi 4.89 juta, JKR gagal tuntut bayaran
Audit- Demi kpop kerajaan belanja 1.6 juta walaupun pernah di nafikan sebelum ini semak m/s 376
Audit- bayar kepada 50 blogger untuk promosi hari belia berjumlah RM 100000. Dan elaun untuk tiga blogger dlm 5 hari sahaja rm7500
Audit- Projek MERS 999 menyebabkan pembauaran tisak wajar sebanyak 13.54 juta

PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit | Kem Penerangan wat bayaran RM3.19j utk Program School Children /Student Kits...tapiiii..programnya x wujud!

PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit | 51 ahli lembaga pengarah syarikat ada 155 kes tunggakan cukai RM35.39j...no action!

PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit | Kem Penerangan bayar tuntutan RM3.34j untuk seminar/lawatan luarnegara tanpa dokumen sokongan...ini pemenang

PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit | 3 syarikat penyelenggara dibayar RM1.447b setahun selenggara 64 bangunan Persekutuan. Tudia!

PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit | Projek naiktaraf airport KK Sabah lambat siap. Dilanjut tempuh. Tambah kos RM19.77j tak pasal2

PARLIMEN | Pembaziran Wang Rakyat | Audit | Kem Penerangan bina sistem phonecall emergency service via 999. Direct nego. RM801.55j. Fwd.

Majlis Muktamar Pas Kawasan Tambun kali ke-27

sekitar majlis muktamar  Pas Kawasan Tambun ke-27



Saff kepimpinan Pas Kawasan Tambun yg baru. Tahniah & takziah buat semua pimpinan..



Muktamar Pas Tambun: Ucapan perasmian oleh Dr Ahmad Nuri b Endut (Ketua Penerangan Pas Perak)..



Ucapan penangguhan KP Pas Tambun, ustaz Hafez Sabri. Mengajak para perwakilan memahami isu kepimpinan & momentum pemuda perlu digerakkan dari segenap cawangan..


Pimpinan Pas Kawasan Tambun sesi 2012/2013 sblm proses pengundian bermula. Sebentar lg saff kepimpinan baru akan diumumkan



Ucapan dr Dr Khairuddin Malik, YDP Pas Kawasan Tambun.




Terkini: Berlangsung Muktamar Pas Kawasan Tambun ke-27. Muktamar pemilihan yg akan mencorakkan arah tuju Pas Tambun sesi akan datang..ahlan wasahlan kpd semua perwakilan & pemerhati



Friday, October 4, 2013

Perasmian Ijtimak Tarbawi 3.0

Kini berlangsung majlis perasmian Ijtimak Tarbawi..
1. Pagi ini sungguh mendamaikan. Hati pula berdebar-debar tidak sabar untuk musafir ke Pagoh Johor Darul Ta'zim bagi menghadiri program pengkaderan terbesar yang dianjurkan oleh DPPM saban tahun.
2. Ijtimak Tarbawi 3.0 adalah himpunan para pemuda dan pemudi Islam untuk membina serta membugar kombinasi aqidah, spiritual dan peribadi mulia sebagai anggota Gerakan Islam. Penuh dan sarat dengan pengisian dan amalan yang berpaksi kepada gandingan 3 elemen utama itu.
3. Kepada pemuda dan pemudi Islam yang pernah menghadiri Ijtimak Tarbawi siri pertama di Rusila dan kedua di Taman Melewar pasti masih menyimpan rapi kenangan manis dan indah menyertai program Amal Tarbawi ini dan saya yakin mereka pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menyertai Ijtimak Tarbawi siri ketiga ini bagi menambah koleksi pentarbiyahan sekaligus meningkatkan prestasi diri sehingga mendekati noktah utama untuk benar - benar layak sebagai seorang pejuang Islam.
4. Ijtimak Tarbawi yang telah memasuki siri ke tiga ini akan menggarap beberapa unsur penting dalam pembinaannya seperti kefahaman Islam, ukhuwwah fillah, aqidah perjuangan dan lainnya sekaligus akan merawat pelbagai penyakit yang melanda individu atau jamaah Islam pada hari ini. Ia adalah himpunan untuk menghidup-ceriakan Amal Tarbawi dalam jamaah atau Parti PAS ini agar ia tidak malap dan lesu dicelah - celah jadual padat menangani isu semasa dan kemelut politik tanahair.
5. Ijtimak Tarbawi akan membekalkan sumber kekuatan dalaman buat pemuda - pemudi Islam yang bersedia untuk turun ke medan menyahut seruan perjuangan ke arah mendaulatkan Islam di bumi tercinta ini. Ia adalah satu bahagian besar dari 3 bahagian utama operasi Dewan Pemuda PAS. Tiga bahagian operasi DPPM yang saya maksudkan itu ialah :
a] Ijtimak Tarbawi itu sebagai pembina aqidah Ahlus sunnah, fikrah Islami dan akhlak yang soleh.
b] Himpunan 30K sebagai peledak semangat juang dan mengaktifkan gerakkerja pilihanraya agar siap dan sedia menempuh segala jenis cabaran memburu kemenangan.
c] Jambori AMAL mengungguli gerakkerja sukarelawan dan pemantapan skuad beruniform dengan AMAL Lillah untuk menyantun masyarakat dan menghulur khidmat bakti kepada semua tanpa kenal erti penat dan lesu.
6. Himpunan pada ketiga - tiga bahagian utama operasi Dewan Pemuda PAS Malaysia ini adalah bersifat program tahunan. Setiap bahagian operasi itu akan terus disemarakkan melalui aktiviti rutin dan semasa, secara berterusan melalui tindakan DPPM dan juga DPP negeri serta kawasan. Ia diselia dan diurus perlaksanaan gerakkerjanya oleh lajnah dan jabatan yang wujud di bawah DPPM seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] Akademi Tarbiyah, Jabatan Pilihanraya dan Lajnah penerangan. Ia mengadun 3 jalur besar yang disatukan iaitu:
Tarbiyah,
Dakwah,
Siasah.
3 jalur lebar itu turut diaktifkan oleh semua jabatan dan lajnah yang lain melalui aktiviti yang dirancang.
7. Ijtimak Tarbawi juga seperti mana Himpunan 30K dan Jambori AMAL, adalah program sepadu untuk melengkapkan agenda DPPM mengharungi dunia perjuangan ini sekaligus menjadi kilang untuk melahirkan anggota parti atau jamaah sebagai pemimpin berkarismatik dan ahli berkualiti tinggi. Justeru itu ia menyatukan semua segmen, latar belakang dan cara fikir pemuda dan pemudi Islam yang cintakan Islam dan perjuangannya.
8. Tarbiyah Membina Syakhsiyah adalah tema Ijtimak Tarbawi 3.0 membuktikan usaha serius DPPM mahu membina kualiti anggota parti yang unik dan tersendiri. Sasaran yang ingin dicapai ialah piawai standard anggota parti yang bergerak diatas Manhaj Perjuangan Islam yang tulen. Ianya adalah:
yakin pada perjuangan Islam,
indah pada penampilan imej,
bijak pada pemikiran aqal.
9. Ijtimak Tarbawi tidak memusuhi sesiapa sebaliknya ia kawan atau sahabat pada semua. Ia juga adalah mesin pembugar yang bergerak mengikut skima dan skil Amal Tarbawi terhadap pesertanya. Membawa agenda perdana parti tanpa sebarang dikotomi.
10. Selamat datang saya ucapkan kepada semua pemuda - pemudi Islam yang akan berkampung di Maahad Tahfiz Al Quran Al Muhammadi, Kampung Parit Medan Kundang Ulu, Ledang [dalam Parlimen Pagoh] selama 3 hari 2 malam bermula jam 3 - 5 petang ini dan akan berakhir pada petang hari Ahad. Kepada yang belum mendaftar, boleh terus ke kaunter pendaftaran ditapak program untuk mendaftarkan diri anda sebagai seorang pemilik kenangan terindah dalam hidup sebagai seorang pejuang Islam.
Nikmatilah program AMAL Tarbawi yang direalisasikan secara berjamaah.
Tarbiyah Membina Syakhsiah.
Nasrudin Hassan
Ketua DPP Malaysia

Road to Ijtimak Tarbawi

Dppk Tambun dah brsiap utk brtolak ke Pagoh. Mengisi jiwa dgn prog tarbiah. Ayuh pemuda, kitj gegarkan pagoh.

Kp Tambun seru ke Pagoh

Thursday, October 3, 2013

Laporan Audit Negara

Prk Dun Sg Limau

Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar berkeyakinan dengan kekuatan dan pengaruh yang dibina oleh bekas Adun Sungai Limau, Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak, PAS mampu mempertahankan kerusi Dun berkenaan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) nanti.

Makluman awal SPR berkaitan Prk sg limau

Borg dijual: 10 oktober
Pnmaan: 23 oktober. Rabu
Undi: 4 November.  Isnin

Anggaran perblnjaan prk sg limau. RM1.3 juta

Kenyataan media isu ASET STADIUM

Kenyataan Media (2 Oktober 2013)
 
ASET STADIUM: KERAJAAN NEGERI PERLU BANTU

 
Jawatankuasa Isu dan Strategik Badan Perhubungan PAS Negeri Perak sedikit kesal berikutan aset-aset stadium yang ada tidak dimanfaatkan sebaik mungkin seperti Velodrome Rakyat dan juga Stadium Indera Mulia. Bagi Velodrome Rakyat, pertandingan acara berbasikal jarang sekali diadakan di situ dan secara tidak langsung penyelenggaraannya amat besar dan ianya tidak berbaloi dengan kewujudannya. Manakala Stadium Indera Mulia pula, aktiviti sukan tertutup seperti pertandingan acara Badminton dan Futsal yang menjadi minat rakyat tidak ada pula penganjurannya bagi memaksimakan aset sedia ada tersebut.

 

Untuk Stadium Perak dan Stadium Sultan Azlan Shah pula yang kami lihat, ada beberapa penganjuran seperti pertandingan Liga Super yang dianjurkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan manakala Persatuan Hoki Malaysia (MHF) turut menganjurkan pertandingan Piala Sultan Azlan Shah saban tahun. Kami merasakan, sudah tiba masanya Kerajaan Negeri Perak memberikan fokus peruntukan dana sukan kepada penganjuran sukan-sukan rakyat dan secara tidak langsung memanfaatkan aset stadium sedia ada tersebut. Bagi kami, ianya boleh dianjurkan secara liga atau pertandingan-pertandingan kelas nasional mahupun peringkat dunia sepertimana Piala Sultan Azlan Shah bagi sukan hoki.

 

Kami mengharapkan perbentangan Bajet Negeri Perak kelak akan memberikan tumpuan kepada aset stadium dan dalam masa yang sama menumpukan sukan rakyat seperti bolasepak, hoki, badminton, futsal dan juga berbasikal. Kami merasakan sukan-sukan tersebut memerlukan suntukan kerajaan negeri bagi menganjurkan pertandingan kelas nasional dan juga dunia. Ianya dalam masa yang sama akan memastikan kewujudan aset stadium ini tidak terbiar begitu sahaja dan ianya akan menyuntik sektor pelancongan sukan secara tidak langsung bagi merancakkkan ekonomi Negeri Perak khasnya. Kami mengharapkan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abd Kadir bersedia menyahut pandangan kami demi melihat kecemerlangan Perak di mata dunia!

 

 

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS

Koordinator,

Jawatankuasa Isu dan Strategik,

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak.

Wednesday, October 2, 2013

Ijtima Tarbawi 3.0

Dppk Tambun menyeru semua pemuda pas tambun utk hadir ke prog ini. Tingkatkan thaqafah utk mantapkan amal islami

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails