Monday, April 29, 2013

Krisis dalaman BN Tambun parah


Hidup segan, tumpo tak mahu!

Calon breakfast bersama pengundi Taman Jati








Calon PAS N23 Tuan Hj Asmuni bersama pengundi dan masyarakat di Restoran Hj Murad di Taman Jati. Calon berjiwa rakyat dan harapan rakyat.

KONVOI KEBANGKITAN ANAK MUDA




















Semalam pada 28 April 2013, AMK dan Dppk Tambun telah menganjurkan Konvoi Kebangkitan Anak Muda menjelajah keseluruh pelosok Parlimen Tambun, DUN Manjoi dan DUN Ulu Kinta. Calon- calon Pakatan Rakyat Tn Hj Asmuni Awi, Siti Aishah dan MA Tina juga turut serta mengikiuti konvoi. Konvoi bermula di Pejabat PKR Taman Perpaduan dan berakhir di Mydin Manjoi. 

Sambutan luar biasa dari anak muda dan dianggarkan hampir 500 peserta hadir. Anak muda memberikan mesej penting kepada UmnoBN bahawa Umno bakal ditumbangkan anak-anak muda pada PRU 13 kali ini.

Sunday, April 28, 2013

Manifesto Pakatan Rakyat Perak


TGHA berlapang dada



Kehebatan seorang ulama yang menerajui gerakan Islam Malaysia PAS. Semoga Allah merahmati beliau..

Ceramah Kelompok Zon Meru








Ceramah Kelompok bersama 2 ex- SMA Izzuddin Shah (Ustaz Hasrizal Jamil dan Ustaz Fairuz) untuk membantu kemenangan Calon PAS N23 Manjoi ex- SMA Izzuddin Shah Tuan HJ Asmuni Awi dan mengalahkan calon BN ex-SMA Izzuddin Mohamad Ziad

Friday, April 26, 2013

Konvoi Kebangkitan Anak Muda


KONVOI KEBANGKITAN ANAK MUDA PAKATAN RAKYAT
AHAD 28 APRIL 2013
8 PG-1230 THGARI

6 ZON BERKUMPUL
1- TMN PERPADUAN (DUN ULU KINTA)
2- ULU CHEMOR
3- PEKAN CHEMOR
4-KLEBANG
5- KG SRI KLEBANG
6-MYDIN MERURAYA (ZON MERU & GUGUSAN MANJOI)

LALUAN KONVOI DARI ZON 1 KE ZON 6, BERAKHIR DI MYDIN KG MANJOI.
PERTANYAAN SILA HUBUNGI SAIFUL DPPK TAMBUN : 019 5149961

Wednesday, April 24, 2013

Ramah Mesra Calon PAS N23 di Zon Meru








Hari ke-4 kempen pilihanraya, Calon PAS Tuan Hj Asmuni Awi telah turun bertemu pengundi di pasar malam Taman Jati (Zon Meru). Majoriti penduduk Zon Meru memberikan sokongan padu kepada Tuan HJ Asmuni.dan berharap DUN Manjoi akan menjadi milik PAS dan Pakatan Rakyat.

Tuesday, April 23, 2013

Ke Mana Lesapnya RM 7 Bilion?



Pemindahan secara sulit sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island ini perlukan jawapan dari Presiden UMNO Dato’ Seri Najib Tun Razak, kerana 1MDB dikawal sepenuhnya oleh beliau.. 

Apa yang dikhuatirkan ialah jika Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja dan ini bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB. 

Perkara ini telah didedahkan dalam laporan tahunan 1MDB dan turut dibangkitkan dalam satu laporan The Edge.. 

Ini Kenyataan Media Rafizi Ramli.. 


Najib pindah RM7 Billion wang 1MDB ke akaun sulit di Cayman Island? 

KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island. 

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island. 

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah. 

Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul. 

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam Petro Saudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya. 

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai. 

Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB. 

Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB. 

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB. 

Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. 

Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera. 

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis diRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka keadilan. 


RAFIZI RAMLI 
Pengarah Strategi

Jihad Getir di Putrajaya



Beliau pernah berkata, "Saya datang ke sini, seorang diri. Saya tidak mempunyai sesiapapun di sini. Andalah sahabat, saudara saya."

Naib Presiden PAS itu tidak sangka kira-kira 3,000 menyertai beliau pada hari penamaan calon semalam.

Putrajaya bukan anak kunci perubahan yang mudah. 

Tetapi, beliau yakin PAS boleh menggalas amanah Pakatan Rakyat untuk merampas tiang seri Malaysia itu.

Sejak dua minggu lepas lagi, semua bendera PAS yang dipacak sekitar parlimen itu hilang dek politik luar biasa Umno Barisan Nasional.

Pihak berkuasa tempatan tak membenarkan Husam berceramah di Parlimen itu.




Akhirnya, ribuan rakyat tiap-tiap malam menyambut Husam di pinggiran Putrajaya.

Zolkifly Md Lazim yang mengikut kerja-kerja dakwah pasukan Husam Sabtu lepas berkata, ada beberapa keganjilan dalam kempen 'ayam tambatan' Pakatan Rakyat itu.

Bendera PAS hampir tiada di Putrajaya. Sampai ada yang bertanya, "Husam boleh kah...."

Kepada jentera, Husam selalu berkongsi semangat. "Yang mengundi bukannya bendera.Tapi, warga Putrajaya."

Bermula semalam, sukarelawan Husam Musa pula jadi bendera.

Mereka mengangkat plakad di persimpangan jalan, di perkarangan kediaman warga kota Putrajaya, di bangunan-bangunan kerajaan.

Polis, penguatkuasa, kakitangan kerajaan melempar senyuman.

Memang patut pun Husam menangis.

Warga Putrajaya rata-ratanya bukan memusuhi bendera PAS atau Husam sendiri.

Semuanya bagai dipaksa.

Memang patutpun Husam menangis.

Sebab sebak, anak muda jadi bendera PAS.

"Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

"Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi..." [Surah al-Kahfi: 13-14]


"PAKATAN KUAT, RAKYAT UNTUNG!"

ZAINULFAQAR YAACOB
Catatan dari Hospital Besar Pulau Pinang
9.07 pagi | Waktu melawan rejim!

Monday, April 22, 2013

Bekas MB Selangor Sertai PAS



Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhamad Muhd Taib mengisytiharkan menyertai PAS secara rasmi hari ini.

Borang keahlian diserahkan kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sambil disaksikan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.

Menurut Abdul Hadi, beliau telah bertemu Muhd Taib sejak setahun lalu dan pengumuman menyertai PAS dibuat dua hari selepas hari penamaan calon bagi mengelakkan tomahan beliau bersama parti kerana ingin menjadi calon.

“Pengumuman sengaja dibuat selepas penyerahan (penamaan) calon. Saya dah jumpa setahun lalu.

“Kami di PAS mengalu-alukan penyertaan. Ini adalah sokongan dan dokongan daripada orang berpengaruh di Selangor.

“Ia juga memberikan kekuatan baru kepada PAS menghadapi PRU,” katanya ringkas pada sidang media.

Bagi Mat Taib, negara sekarang perlu mengalami perubahan ke arah roh Islam agar masyarakat terutama orang Melayu beragama Islam lebih menghayati Islam.

Jelasnya, perjuangan bersama PAS merupakan pilihan yang terbaik dan masyarakat perlu memberikan undi kepada mereka.

“Saya tidak berhajat jadi calon dan mendapatkan jawatan. Saya nak beri sokongan kepada PAS

“Saya menjadi Menteri Besar selama 11 tahun dan berkecimpung dalam politik bersama Umno sejak usia 25 tahun.

“Kini saya berusia 65 tahun. Memang benar negara maju, Selangor negeri maju sekarang dan satu perubahan mesti dilakukan.

“Pembangunan mesti ada roh, tanpa roh ianya menjadi kucar kacir.

“Saya fikir mana parti yang boleh mengisi roh. Mesti parti yang boleh memperjuangkan Islam.

“Hanya kepimpinan PAS yang boleh membawa kesedaran agama,” katanya.

Beliau menambah, Islam mesti berkembang di bandar-bandar memandangkan orang Melayu Islam ramai di bandar.

Katanya, orang Melayu di bandar mesti menaikkan syiar Islam melalui undi.

Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Othman turut menyambut baik penyertaan Mat Taib ke dalam PAS.

Menurut beliau, sudah pastinya sejarah lampau akan diungkit kembali oleh pihak lawan dan perkara berkenaan menjadi sebahagian lumrah perjuangan.

Berdasarkan latar belakang politik, Mat Taib merupakan mantan Menteri Besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997.

Beliau pernah menjadi Adun Batang Kali pada tahun 1982, 1986, 1990 dan 1995.

Selain itu, beliau turut dilantik sebagai Senator Dewan Negara dari tahun 2006 hingga 2009.



Retak Menanti Runtuh

Barisan Nasional kini umpama telur di hujung tanduk, apabila ramai calon mereka yang bertanding atas tiket bebas, menyatakan protes dan ketidaksokongan mereka terhadap Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.  Hal tersebut menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan, iaitu pemecatan daripada UMNO. 

Berikut adalah senarai penuh 58 nama anggota parti yang dipecat dari UMNO menurut sumber mereka sendiri:

SENARAI AHLI UMNO YANG DIPECAT BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS PILIHAN RAYA UMUM KE – 13

BIL PARLIMEN/DUN NAMA/JAWATAN

1. PARLIMEN KUALA KANGSAR – DATUK KAMILIA IBRAHIM (NAIB KETUA WANITA UMNO MALAYSIA)

2. PARLIMEN TASEK GELUGOR & DUN SUNGAI DUA – DATUK SERI HAJI MOHD SHARIFF BIN HAJI OMAR (AHLI JAWATANKUASA BHG)

3. PARLIMEN SEPANG – DATO’ HAJI SUHAIMI BIN MOHD GHAZALI (KETUA PEMUDA BAHAGIAN)

4. HANAPIAH BIN MOHAMAD

5. DUN BUKIT NANING (BAKRI) – GHAZALI BIN SALAMON (AHLI JAWATANKUASA BHG)

6. PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK – SUKERI BIN ABD SAMAT (SETIAUSAHA KERJA BAHAGIAN)

7. MOKHTAR BIN SALEHUDIN (KETUA PENERANGAN CAW.)

8. DUN TITI TINGGI (PADANG BESAR) –  YAACOB BIN MAN (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

9. DUN PANTAI MERDEKA (SUNGAI PETANI) – MOHD. YUSOF BIN LAZIM (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

10. DUN NENGGIRI (GUA MUSANG) – ABDUL AZIZ BIN MOHAMED (AHLI JAWATANKUASA BAHAGIAN)

11. PARLIMEN LEMBAH PANTAI – RUSLI BIN HAJI BABA

12. PARLIMEN BERA-  MOHD. WALI ALANG AHAMAD

13. PARLIMEN PERMATANG PAUH – DR ABDULLAH ZAWAWI SHAMSUDDIN

14. DUN LENGGENG (SEREMBAN) – ZULKIFLI BIN ABDULLAH (KETUA PENERANGAN CAW.)

15. DUN PENGKALAN BHARU (BERUAS) – AHMAD NIZAM BIN IBRAHIM

16. DUN KAJANG (HULU LANGAT) – MOHD KHALID BIN KASSIM (KETUA CAWANGAN)

17. DUN ALOR MENGKUDU (ALOR SETAR) – FADZIL BIN HANAFI

18. DUN SUNGAI LIMAU (JERAI) – SOBRI BIN AHMAD

19. PARLIMEN ARAU & DUN SANGLANG-  ZAINUDIN BIN YOM

20. DUN SEBERANG JAYA (PERMATANG PAUH) – SHAMSUT TABREJ BIN G.M ISMAIL MARICAR

21. DUN BATU UBAN (BUKIT BENDERA) – MOHD NOOR SIRAJAJUDEEN BIN MOHD ABDUL KADER

22. PARLIMEN TANJONG KARANG – MASRUN BIN TAMSIR

23. DUN KUALA PERLIS (KANGAR) – SHAARI BIN LUDIN

24. DUN INDERA KAYANGAN (ARAU)-  AMEIR BIN HASSAN

25. DUN SUNGAI TIANG (PENDANG) – HAJI ROSLI BIN OMAR

26. PARLIMEN BAGAN SERAI – ABDUL LATIF BIN MASUD

27. DUN GUNONG SEMANGGOL (BAGAN SERAI) – HALIDI BIN WAHAB

28. DUN CHANGKAT JERING (BUKIT GANTANG) – ZULKEFLI BIN IBRAHIM

29.  PARLIMEN KOTA BELUD – LAMSIL BIN HAMIDSOR

30. PARLIMEN LIBARAN – SAHAR BIN SAKA

31. PARLIMEN KALABAKAN – MOHD BIN MANUKE

32. DUN SULAMAN (TUARAN) – ALI AKBAR BIN KAWI

33. DUN LUMADAN (SIPITANG) – RAPAHI BIN EDRIS

34. DUN SUGUT (BELURAN) – ABDUL RAHMAN BIN ATANG

35. DUN LAHAD DATU (SILAM) – ALIANDU BIN ENJIL

36. DUN SULABAYAN (SEMPORNA) – GHAZALIE BIN PG. HINDI @ ABDUL GHANI

37. HUSSEIN BIN MUMAKIL

38. JULKALANI BIN ABD RAHMAN

39. MAMAT BIN BALHANA

40. DUN SENALLANG (SEMPORNA) – AB KARIM BIN TALIP

41. ABDUL MANANG BIN HATIB LAWARI @ OS

42. ATAL MUHAMMAD BIN K.K ABD MENANG

43. DUN MEROTAI (KALABAKAN) – RITA RUDIANSAH BIN ABU BAKAR

44. DUN SEBATIK (KALABAKAN) –  MOHAMAD YUSUP BIN LEWAH

45. DUN SULAMAN (TUARAN) – ARIFFIN BIN HARITH

46. AK. ALIUDDIN BIN PG. MOHD. TAHIR

47. DUN LUMADAN (SIPITANG) – SAUDI BIN SUHAILI

48. DUN KARANAAN (RANAU) – MAT JAILI BIN SAMAT

49. DUN LIAWAN (KENINGAU) – NUSLEH BIN MADARAK

50. PARLIMEN PENSIANGAN & DUN NABAWAN – FATIMAH BINTI AGITOR @ MOHD DAUD

51. PARLIMEN BELURAN & DUN SUGUT – DATU KAMARUDDIN BIN MUSTAPHA

52. DUN SUNGAI SIBUGA (LIBARAN) MOHD ARSHAD BIN ABDUL

53. DUN KUNAK (SILAM) – HUSSEIN BIN IBNU HASSAN

54. SHARIF SHAMSUDDIN BIN SHARIF SAGAF

55. PARLIMEN SEMPORNA & DUN SENALLANG – DATU BADRUDDIN BIN TUN DATU HAJI MUSTAPHA

56. PARLIMEN RANAU & DUN PAGINATAN – YAZID BIN SAHJINAN

57. PARLIMEN TAWAU – AHMAD BIN AWANG @ MADON

58. PARLIMEN KALABAKAN – YAHYA BIN ZAINAL

Pertindihan Calon Berakhir


Berikutan kes pertindihan calon Pakatan Rakyat semasa hari penamaan calon, pimpinan telah mencapai kata sepakat hari ini.




PAS mencadangkan agar parti itu menyerahkan kerusi Parlimen Labuan, DUN Sungai Aceh di Pulau Pinang dan Panti di Johor kepada PKR. 

PKR pula dicadangkan oleh PAS agar menyerahkan tiga DUN di Terengganu iaitu Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera kepada PAS. 

Manakala kerusi DUN Kota Damansara di bawah Parlimen Subang akan dirundingkan antara PAS dan PKR. 

Cadangan ini diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian PAS yang dipengerusikan oleh Presiden PAS. 

Perkara ini diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam sidang media di Pusat Media PAS Jalan Raja laut hari ini. 

Ustaz Hadi juga memaklum, semua ahli PAS yang bertanding atas tiket bebas termasuk penyokong dan pencadang mereka akan dipecat dari menjadi ahli PAS. 

Dalam penamaan calon Sabtu 20 April lepas, calon PAS dan PKR bertindan di tujuh kawasan pilihan raya iaitu satu Parlimen dan enam DUN. 

Ekoran itu, Penolong Setiausaha Agung PAS, Ahmad Sabki Yusof memaklumkan ia akan diselesaikan dalam mesyuarat hari ini. 

Dengan pengumuman ini bermakna semua kerusi yang bertindih selesai kecuali DUN Kota Damansara yang akan dirundingkan lagi dengan mereka yang terlibat. 

Menurut sumber Harakahdaily, di DUN Panti, Johor kekeliruan berlaku apabila calon PKR lambat sangat menghantar borang pencalonan. 

Bimbang ia jatuh secara percuma kepada BN, PAS mendaftarkan calon mereka. Di tiga DUN di Terengganu pula berlaku pertikaian tentang calon yang lambat dikemukakan. 

Di DUN Kota Damansara pula, berlaku pertikaian apakah calon Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan menyertai pilihan raya ini dengan logo PSM. 

Ini kerana, mereka datang ke pusat penamaan calon dengan menggunakan logo itu bukannya logo PKR. Kerusi DUN Sungai Aceh pula dituntut oleh PAS dari PKR sejak sekian lama manakala Parlimen Labuan pula dituntut oleh PKR dari PAS. 

Dengan penyelesaian bermakna semua kerusi yang betindih sudah selesai dan fokus sekarang adalah untuk menjatuhkan lawan Pakatan Rakyat iatu Barisan Nasional.



Walaupun begitu, masalah yang timbul sekarang apabila nama calon yang telah mendaftarkan diri dengan SPR semasa hari penamaan calon akan tetap dicetak di atas kertas undi. Perkara ini boleh menimbulkan kekeliruan kepada para pengundi jika tak dijelaskan sebaiknya.


Candidates whose nominations have been finalised can no longer withdraw from contesting in the 13th general election. 

Election Commission (EC) deputy chairperson Wan Ahmad Wan Omar said that a provision in law to allow for such withdrawals has been abolished. 

"We no longer have that provision under Election Regulations 1981. Anyone who has been nominated, they will appear on the ballot papers and people will be allowed to vote for them," he said during a press conference in Putrajaya today.

- Malaysiakini


Unit penerangan umumnya dan seluruh penggerak Pakatan Rakyat di kawasan tertentu perlu bekerja keras turun padang bagi menjelaskan perkara ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan pengundi ketika hari membuang undi nanti.

Muhyiddin Laporkan Kemenangan Palsu BN



Memalukan!

Tindakan timbalan pengerusi Barisan Nasional (BN), Muhyidin Yassin mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di DUN Senggarang semalam dikesali.

Ini kerana dakwaan orang nombor dua BN itu terbukti bohong sedangkan hakikatnya kesemua kerusi parlimen dan DUN ada pertandingan di seluruh negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan calon PAS, Dr Ramli Mohamad Kari akan bertanding di situ melawan calon BN.

Kira-kira jam 1.20 petang semalam, TV3 mengumumkan kemenangan tanpa bertanding calon BN di Senggarang, Johor.

Sehingga berita ini ditulis, laporan berita itu masih disiarkan dalam laman web TV3.

"Barisan Nasional mencatat permulaan yang baik bagi menghadapi kempen Pilihan Raya Umum ke-13 apabila menang tanpa bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Senggarang, Johor.

"Calon BN bagi kerusi berkenaan Abd Aziz Ismail disahkan menang tanpa bertanding selepas borang pencalonan seorang lagi calon ditolak pegawai pengurus pilihan raya kawasan berkenaan," lapor TV3.

Berita itu memetik kata-kata Muhyiddin yang memperlekeh calon PAS kononnya tidak pandai mengisi borang pencalonan.

Terbukti berita itu palsu apabila SPR mengesahkan penyertaan calon PAS, Dr Ramli Kari di situ.

"PAS sah bertanding di DUN Senggarang. Segala berita mengatakan BN menang tanpa bertanding di Senggarang adalah palsu," tulis laman Facebook PAS Kawasan Batu Pahat."

Penipuan Muhyiddin itu disahkan oleh laporan dari BERNAMA:

Tiada calon menang tanpa bertanding pada pilihan raya umum ke-13 ini. Ini kerana kesemua 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri menyaksikan pertandingan.

Pada pilihan raya umum 2008, empat calon bergelar “Yang Berhormat” pada hari penamaan calon apabila mereka menang tanpa bertanding.

Mereka ialah Datuk Wahab Dolah (BN-Parlimen Igan, Sarawak), Datuk Zakaria Mohd Edris (BN-DUN Gum-Gum, Sabah), Datuk Abdul Raman Palil (BN-DUN Sementa, Selangor)dan Wan Ubaidah Omar (PAS-DUN Kijang, Kelantan). — Bernama


Sila klik pautan di bawah untuk mengikuti pembohongan Muhyiddin dan TV3.

Sunday, April 21, 2013

Sekitar Penamaan Calon di Arau, Perlis


ARAU: Tiga beradik ulama hebat berkumpul pagi semalam pagi memberikan sokongan untuk membolehkan Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.

Abu Hassan dan Ishak Din bersama Haron Din sebelum perarakan calon pagi semalam

Ustaz Ishak Din dan Datuk Abu Hassan Din Alhafiz berkumpul di Arau semalam bagi memberikan sokongan moral kepada abang mereka Datuk Dr Haron Din.

"Beruntung si ibu melahirkan mereka dan bertuah si ayah membesarkan 3 beradik ini," tulis seorang pengguna facebook melihat gambar ini.

Haron Din bertanding di Arau bertembung dengan  bekas MB Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Turut menyekat Shahidan untuk menyertai politik semula secara aktif adalah pemimpin Umno tempatan, Zainuddin Yom.

Zainuddin juga bertanding tiket bebas di DUN Sanglang menentang Mohd Shukri Ramli (PAS) serta Ustaz Fathul Bari Mat Jaya (BN).

Beliau dikatakan kesal dengan pemilihan Fathul Bari sebagai calon Umno.


Sekitar penamaan calon di Arau


 

 

Di bawah kepimpinan ulama'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails