Friday, August 31, 2012

Gambar Janji Bersih di Perak

Taklimat sebelum Kembara Dakwah bermula

Saat terakhir sebelum bergerak ke Dataran Ipoh

Peserta di Dataran Ipoh

Exco Dppk Tambun dalam Kembara Dakwah


Detik 12 tengah malam.. MERDEKA!!

Pimpinan PAS di barisan hadapan. Ustaz Abu Bakar dan Dato Seri Nizar

Ucapan penutup Kembara Dakwah oleh Ketua Lajnah Tarbiah DPP Perak


Malam semalam bersempena malam kemerdekaan, 30/8/2012. Dppk Tambun telah menyertai Kembara Dakwah anjuran Dewan Pemuda PAS Perak. Destinasi kembara adalah di Dataran Ipoh dan Padang Polo dimana sasaran mad'u majoriti terdiri dari anak muda. Di Dataran, group Kembara Dakwah telah bergabung dengan group 'Janji Bersih' yang diketuai oleh Ustaz Abu Bakar, PJ PAS Perak. Sebaran artikel dakwah berjalan lancar dan semoga simple method ini dapat membuka hati mad'u dekat kepada Islam dan menyokong perjuangan PAS dan PR.

Wednesday, August 29, 2012

Takziah untuk Ketua Pemuda PAS Tambun


Photo: Allahuakhbar malam raya d hosp bainun, abah smakin uzur.. Ya Allah engkau lebih tahu ttg sukatan rezeki dn umur abah. kami serahkn pejuang ini kpdMu
Saat-saat terakhir bersama ayahanda tercinta


Moga Allah mengurniakan syurga buat beliau..amin

Pada Jam 2.15 ptg 27 ogos di wad 5b d Hosp Permaisuri Bainun , Insan ini telah kembali kepada kekasihnya, semoga roh Abah di golongkan dikalangan mereka yg berjuang di jalan Allah dan dimasuk di dalam saf para pejuang Agama Allah yg maha suci ini.. kepada sahabat dan saudara mara yg hadir dari jauh sanggup memecut dari melaka, segamat , shah alam, kuala lumpur , pulau pinang, .. Ya Allah siapakah jiwa yang kaku ini sehingga mereka tidak di arah dan di minta, hanya iringan doa pun sudah mencukupi..jawapannya ialah inilah ikatan ukhwah yg lebih hebat dari hubungan persaudaraan dan kepada yang tidak putus-putus melayangkan doa dan takziah dan kepada petugas Unit Amal yang memberikan kerjasama pada hari itu, para jentera parti dan seluruh yg hadir menyembahyangkan jenazah dan mengiringi jenazah Abah hingga ke liang kubur dan sama-sama menyermpurnakan pengebumian sehinggalah kepada selesai talkin dan doa... saya ucapkan ribuan terima kasih hanya Allah sahaja yg mampu membalas segala-galanya.. terima kasih, terima kasih , terima kasih..

nukilan oleh: Akh Zairul Azrun 

Seluruh kepimpinan Dppk Tambun mengucapkan takziah atas pemergian ayahanda akh Zairul Azrun selaku Ketua Pemuda PAS Tambun. Kami doakan agar belaiu ditempatkan bersama golongan yang bertaqwa dan berjihad di jalanNya..amin

Program Janji Bersih

BaitulMuslim akh FakhrulRazi



Dppk Tambun mengucapkan tahniah kepada akh FakhrulRazi atas pernikahan beliau baru-baru ini.
Semoga baitulmuslim yang dibina dapat memberikan kekuatan dan iltizam terus kepada perjuangan Islam.

 Alhamdulillah. semoga Allah memberkati kalian, dan mengumpulkan kalian dalam kebaikan. Selamat menuju mawaddah, rahmah dan sakinah...

Barakallahulakuma wabaraka alaikuma wajama'a bainakuma fii khair..

Gotong royong di KotaRaja



Mari bersama menambahkan pahala di Syawal ini.
Bersama membantu membangunkan pusat tarbiah..

18SX malam kemerdekaan



Ape ke jadahnya dengan kepimpinan UmnoBN ni. Makin lama memerintah, makin banyak maksiat dan aktiviti tidak bermoral dianjurkan. Jika program di atas ini dibenarkan, maka terbuktilah Umno kononnya pendokong dan perjuangkan Islam hanya auta semata-mata. Merekalah pendokong 18sx dan 18PL di Malaysia.

Pihak berkuasa sila ambil tindakan dan bertindak. Jangan hanya goyang kaki dan makan gaji buta. 

Mana ulama Umno dalam kes ini? Silalah keluarkan fatwa...

Saturday, August 25, 2012

Umi Hafilda meroyan semasa Aidilfitri



Umi Hafilda dah meroyan..
Makcik ni merasakan diri dah cukup 'power'..

Umno perkudakan PPD



Cover page buku ni diambil dari buku pelajar UPSR di Parlimen Pekan. Ape dah terdesak sangatke Umno sampai buku pelajar pun nak dipolitikkan? Cara Umno mendoktrin pemikiran pelajar sekolah rendah sangat memalukan.. Shame on U Umno!

Sumber: Ustaz Suhaimi Saad

Friday, August 24, 2012

Lokasi Janji Bersih seluruh Malaysia



Janji Bersih di seluruh Malaysia pada 30 Ogos 2012, 10.00pm
Sekalian rakyat pastikan anda berada di lokasi yang berkenaan:-

(a) Kuala Lumpur - Dataran Merdeka.
(b) Perak - Dataran MBI, Ipoh.
(c) Melaka - Clock Tower Rumah Merah.

(d) Johor - Dataran Bandaraya, Johor Bahru.
(e) Australia - The Grosvenor Hotel, Perth.

Kuliah Dhuha 25/8/2012


Kuliah Dhuha
oleh: Ustaz Jamaldin Ahmad (YDP Padang Rengas)

Hari: Sabtu (25/8/2012)
Jam : 8.30 pagi
Tempat: Pusat Tarbiah PAS Taman Meru

Semua muslimin muslimat dijemput hadir..

Air mata BN



BN kononnya jadi hero dalam isu air di Selangor dan Kelantan.
Ada ape2 ke???

Thursday, August 23, 2012

Umno Pemecah belah umat



Inilah agenda tersendiri Umno dalam pecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat. Jenis lidah bercabang. Kalau jumpa ular dengan Umno, mane patut kena humban dalam lombong dulu??

Janji Bersih, BN Janji Tak Ditepati



Yop yong kena turun nih!!!

Sunday, August 19, 2012

Ayahanda KP Tambun terlantar di hospital



Info prihatin..
untuk makluman ayahanda Sdr Zairul (Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun) sedang terlantar sakit di Hospital Ipoh. Beliau kini ditempatkan di wad 5B. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan menyembuhkan segala penyakit yang dihadapi beliau..

Salam Hari Raya



Dppk Tambun mengucapkan salam eidilfitri kepada semua umat islam. Semoga kita menjadi hamba yang lebih bertaqwa setelah menjalani tarbiah di universiti ramadhan..

Thursday, August 16, 2012

Ucapan Hari Raya



Dppk Tambun mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri kepada semua umat islam.
Semoga ramadhan ini menjadikan kita hamba yang lebih bertaqwa..

Wednesday, August 15, 2012

Sumbangan ramadhan dari Dppk Tambun



Anak yatim di Kdas 2

Ibu kepada dua anak yatim yang telah dihantar ke rumah anak yatim minggu lepas

Shopping beli barangan untuk penduduk setempat

Anak yatim di Manjoi (Depan Barakah Ustaz Kazim)

Sumbangan tanpa mengira fahaman politik

Tersenyum dapat sumbangan dari PAS..

Dua beranak yang masih guna kayu api untuk memasak

Bersama anak2 Sdr Awi cawangan Tun Terang

Minggu lepas Dppk Tambun telah mengadakan program menghulurkan sumbangan kepada penduduk miskin dan anak-anak yatim di sekitar kawasan tambun. Program kali ini sedikit sebanyak dpaat mengurangkan beban keluarga disaat Syawal akan tiba tidak lama lagi. Sumbangan ini terbuka kepada semua tidak mengira fahaman politik. Hatta penyokong tegar Umno tetapi selayaknya menerima bantuan, team Dppk Tambun tetap menyampaikan sumbangan. PAS FOR ALL..

Tuesday, August 14, 2012

Sumbangan ramadhan cawangan Meru 2





 Baru-baru ini PAS cawangan Taman Meru 2B telah menyampaikan sumbangan kepada penduduk setempat yang dikategorikan sebagai anak yatim dan OKU. Sumbangan adalah dari PAS cawangan dan sumbanganj ikhlas dari Tuan Hj Asmuni Awi (calon PAS Dun Manjoi). Sumbangan telah disampaikan oleh pimpinan PAS Cawangan yang diketuai oleh Tuan Hj Tarmizi selaku Ketua Cawangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails