Monday, April 30, 2012

Konvensyen Rakyat Perak

Gambar kantoi SB di Bersih 3.0



Komen Zaharin Mohd Yasin (Pengarah Tindakan Bersama War Room Barisan Nasional Parlimen P124 Bandar Tun Razak) :

"Polis dah lebih cerdik dari dulu.. Dia bagikan anggotanya dua pasukan, satu pakai uniform polis, satu pasukan lagi pakai baju bersih tergelak saya jumpa seorang kawan yang masih polis, pegawai lagi dari Pahang, pakai baju kuning dan terpekik ayat reformasi. Saya tak tegur dia pun. Tapi bila tengok kat lengan dia ada getah warna kuning.. Dan saya jumpa banyak yang pakai getah yang sama.. Saya rasa terjaminlah dalam kumpulan pencacai yang tidak tahu apa benda ini.."

"Jika berapa pun dia kata.. Kena tolak tak kurang 2ribu adalah polis dalam kumpulan bersih. Yang menapikan mereka pun puak polis pakai t shirt bersih untuk rempoh sekatan polis, yang baling objek pun saya rasa polis, macam mereka buat latihan demontrasi kat polis depoh. Hehehe puak2 Pas bodoh ni ikut nyer.."



Sah memang ada provokasi dari SB. PDRM memang telah merancang dari awal untuk memprovok Bersih 3.0 bagi menghalalkan tindakan kurang ajar PDRM dan FRU membelasah orang awam.  Gambar di bawah ni sebahagian dari SB-SB yang telah dikenalpasti seperti yang disebut Zaharin iaitu memakai getah warna kuning di lengan, dan sudah pasti SB inilah yang memulakan provokasi. Jangan dilepas manusia-manusia ini..pastikan mereka ini dibawa ke muka pengadilan. oOOppss..mahkamah pun bawah telunjuk Najib jugak. Mungkinkah Najib akan membenarkannya??


Menyamar konon..sepandai2 SB melompat, akhirnya kantoi juga..


hero Malaya baling canister.Eh..ada gelang kuning beb. Sekali abang polis daaa..



SB ni tendang kawan sendiri..



Gaya tak ubah macam mafia..siap bawak kayu lagi



Tengah pegang batu ke bang? nak baling ke mana tu..



Barua ini akan menyesal di akhirat kelak..



Semua tahanan ada di depan polis. Tapi kenape ada yang berbaju kuning dibelakang polis, kamcing nampak. SB ke?


Baca dan fahami isu dengan teliti. Kaji dan selidik. Jangan hanya bergantung pada TV 3suku dan Berita  Hairan je..

Sunday, April 29, 2012

Gambar Bersih 3.0 di seluruh dunia



A - Melbourne, B - Couseway Hong Kong, C - KL, D -Osaka Jepun, E - Taiwan,
F - Malaysians United, G - Portland, H - Sydney, I - Washington



Setiap pelosok dunia memberikan sokongan kepada Bersih 3.0. Mereka semua ini golongan cerdik pandai di oversea...

Bukti Polis Ala Mafia


Polis ke pengganas ni? Gaya tak ubah macam mafia



Aksi 18SG..kanak-kanak dilarang melihat. Polis telah dirasuk iblis..



Wahai polis-polis yang bertuankan Najib Tun Razak, jawablah kamu sekalian dihadapan Allah nanti apa yang kamu dah buat dengan tangan dan kaki kamu terhadap hamba Allah yang cedera parah ni..



Syok sungguh menyepak. Salah guna kuasa..



Polis balun mangsa dengan cota. Kejam sungguh. Itu manusia bro, bukan binatang



Salah seorang mangsa yang dilanggar oleh kereta polis. Tak ada hati perut betul



wartawan pun jadi mangsa kebrutalan polis-polis Najib. Malaysia oh Malaysia..



Polis-polis ni layan orang awam macam layan binatang



sebijik macam askar Zionis..1Malaysia 1Israel..

OKU pun turun Bersih 3.0


tiada kaki tak bermakna tidak turun ke Bersih 3.0. Anda yang dianugerahkan nikmat berkaki bagaimana?



Si buta pun turut zahirkan sokongan kepada Bersih 3.0. Walaupun matanya buta, tapi hatinya masih celik untuk memikirkan masa depan Malaysia..



Bertongkat datang berjuang. Dikerah kudrat untuk menuntut keadilan,,



Pak Salleh dan kerusi nya sentiasa berada disisi. Lutut dan sakit kaki bukan alasan untuk tidak turun ke Bersih 3.0



Tangan dan kakinya kudung..tapi masih bersama golongan yang menuntut keadilan



Wanita-wanita berkerusi roda bersama Bersih 3.0



Bertongkat dua sahabat ni..walaupun seribu satu kepayahan dalam berdemo, semangat tetap tak luntur



cam ini pun ada..( tapi still berkerusi roda). Tabik spring lah!!!


Semoga Allah merahmati semua pejuang-pejuang Bersih..

Gambar Exco Dppk Tambun turun Bersih 3.0




Semangat juang yang ditunjukkan oleh Exco-exco Dppk Tambun. Walaupun tak dapat turun ke Dataran Merdeka, semangat Bersih 3.0 tetap dizahirkan di Padang Polo Ipoh. Jihad perlu diteruskan..
Dari kiri: Halmi (Naib Ketua Pemuda Dppk), Syafiq (Exco Lajnah Sukan) dan Zairul Azrun (Ketua Pemuda Dppk)



Semangat kental seorang pejuang..
Gambar: Ustaz Hafez (Ketua Penerangan Dppk)



Orang penting bahagian law jika demonstran ditahan polis..
Gambar: Fitri Asmuni (Exco Lajnah Kemasyarakatan)


Makan tambah tenaga untuk terus berdemo
Dari kiri: Abdullah(Exco Lajnah Pengundi Luar), Ustaz Fariq (Exco Lajnah Kemasyarakatan) dan Ustaz Izad (Exco Lajnah Kemasyarakatan)

Friday, April 27, 2012

Padang Polo --> Lokasi Bersih 3.0 di Perak



Tepat jam 2 petang esok, Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz atau dikenali Padang Polo bakal mencipta sejarah tersendiri apabila bakal menghimpunkan ribuan rakyat bagi menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0.  Padang Polo merupakan antara 11 lokasi utama yang dijadualkan untuk Himpunan Bersih 3.0 esok.


Rakyat Negeri Perak yang tidak berpeluang hadir ke Dataran Merdeka esok, jom sama-sama kita kuningkan Padang Polo esok. Kita tunjukkan kuasa rakyat yang sebenarnya!

Lokasi: Padang Polo
Jam:      2 petang
Tema:   Kuning

Panduan Bersih 3.0


*Penting! **Panduan bagi peserta Perhimpunan Bersih 3.0 *
TOLONG SEBARKAN dan BUAT PERSEDIAAN PERLU dgn KWN2.
Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April 2012, 2 petang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.
BERSIH 3.0 DUDUK BANTAH
Tuntutan Bersih 2.0 :
1. BERSIH kan Senarai Undi (Daftar Pemilih)
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media Yang Bebas & Adil
5. Tempoh Berkempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor
Jawatankuasa Pemandu Bersih 3.0 :Dipengerusikan Oleh Dato Ambiga Sreenavasaan (Mantan Presiden Majlis Peguam Malaysia). Anggotanya Adalah Daripada Kalangan Pimpinan Dan Aktivis NGO’s.
Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya dalam mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia untuk mereformasikan pilihanraya.
Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.
CONTACT
Setiausaha Bersih 3.0 H/P: 016 9670921; Email: media@bersih.org
*Perkara yang perlu anda bawa/sediakan *
1. Kad pengenalan, lesen memandu, satu kad ATM sahaja.
2. Duit-maksimum RM100 sahaja.
3. Memakai pakaian yang sopan-T-shirt /baju berwarna Kuning. Sebaiknya ada logo Bersih 3.0
4. Setiap peserta diwajibkan memakai kasut.
5. Aksesori kempen-Button, kopiah, arm band, bendera kecil, banner dan placard yang ada Logo atau Slogan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya/Tunaikan 8 Tuntutan SAHAJA boleh digunakan.
6. Bendera Malaysia atau negeri masing-masing.
7. Air mineral, sedikit makanan ringan atau gula-gula.
8. Sedikit garam-ia penting dan boleh dimakan sedikit (bukan sapu dimuka) bagi mengembalikan tenaga terutamanya jika Pihak Polis sembur air dari Water Canon atau Gas pemedih mata.
9. Kain tuala kecil basah untuk tutup mata dan hidung untuk elak terkena gas pemedih mata.
10. Digalakkan memakai penutup mulut dan hidung jenis *N100 Respirator, N95 Respirator *dan* Surgical facemask* untuk mengelak penularan wabak Influenza H1N1 dan juga menghindarkan sedutan gas pemedih mata yang melampau.
11. Jika anda mempunyai asma atau alahan sila bawa inhaler atau ubat sendiri.
12. Sila bawa beg plastik sampah kecil bagi mengelakkan anda membuang sampah merata-rata.
13. Sila bawa pen dan kertas (mini note pad) bagi mencatat nama dan no. pengenalan Polis atau perkara-perkara yang mencurigakan.
14. Jangan lupa bawa kamera, video cam atau handphone berkamera bagi merakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email Setiausaha Bersih 3.0.
*Perkara yang tidak dibenarkan*
1. Jangan bawa kad matrik pelajar bagi student atau pass kakitangan bagi pekerja Kerajaan dan Swasta.
2. Jangan bawa terlalu banyak wang atau kad kredit untuk elakkan penyeluk saku, tercicir atau hilang semasa perhimpunan atau ditahan.
3. Jangan memakai selipar, kasut tumit tinggi atau sandal yang menghalang pergerakkan.
4. Jangan memakai kain atau skirt, digalakkan memakai seluar.
5. Jangan memakai barang kemas atau aksesori yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 / Bersihkan Pilihanraya.
6. Jangan bawa sebarang banner, placard, bendera yang melambangkan logo parti dan organisasi.
7. Sebarang slogan yang tiada kaitan dengan tuntutan Bersih 3.0 tidak dibenarkan.
8. Jangan bawa sebarang benda tajam kecuali pen.
9. Jangan bawa bahan-bahan yang boleh meletup atau mudah terbakar seperti, mancis, molotov cocktail dan mercun.
10. Tidak dibenarkan merokok semasa perhimpunan kerana akan menganggu orang lain.
11. Jangan bawa sebarang senjata seperti kayu, besi, rantai besi, pistol dan yang merbahaya.
12. Bagi yang membawa anak-anak, anda tidak dibenarkan membawa permainan yang berupa seperti senjata seperti pistol, senapang atau pisau mainan.
13. Jangan bawa anak-anak yang berumur 10 tahun ke bawah bagi mengelakkan sebarang masalah.
*Perkara yang perlu anda lakukan sebelum perhimpunan*
1. Servis kenderaan dan periksa peralatan yang perlu dibawa.
2. Jangan makan atau minum terlalu banyak sebelum perhimpunan.
3. Pastikan anda telah menunaikan ‘hajat’ sebelum memasuki perhimpunan.
4. Bagi yang Islam, Lakukanlah solat taubat dan hajat, semoga Allah berkati perhimpunan ini dan yang bukan Islam boleh berdoa mengikut ritual masing-masing.
5. Pastikan anda telah mengunci rumah atau meninggalkan pesanan-pesanan penting kepada keluarga atau jiran anda yang tidak pergi perhimpunan.
6. Maklumkan mereka tujuan anda keluar.
7. Maklumkan mereka nombor telefon sahabat lain yang bersama anda jika handphone anda tidak dapat dihubungi nanti.
8. Jangan lupa *charge*bateri handphone dan kamera.
9. Pastikan anda tahu arah tuju anda iaitu tempat berkumpul yang ditetapkan – Dataran Merdeka.
10. Pastikan anda datang awal untuk elakkan kesesakan jalan raya atau terpaksa berbaris panjang untuk beli tiket tren LRT atau Komuter.
11. Datang secara berkumpulan, jangan bersendirian.
12. Sekiranya perjalanan anda dihalang dari memasuki pusat bandar anda boleh meletakkan kenderaan dan berjalan kaki ke Dataran Merdeka (Jangan terus ke Istana Negara bersendirian).
13. Jangan memakai baju Bersih 3.0 sebelum perhimpunan bermula.
*Semasa perhimpunan dan perarakan*
1. Berkumpul di tempat pertemuan yang ditetapkan di Dataran Merdeka dan tunggu arahan dari *Field Commander* yang dilantik
2. Ikutilah arahan dari Unit Amal atau *Field Commander* sepanjang program. Jangan pedulikan arahan lain tanpa merujuk kepada *Field Commander*
3. Jangan berganjak dari tempat perhimpunan melainkan dengan arahan *Field Commander*.
4. Laporkan pada Unit Amal bertugas jika terlihat sesuatu yang mencurigakan.
5. Jangan tolak menolak sepanjang perhimpunan dan perarakan.
6. Elakkan mencerca, memaki hamun atau menunjukkan isyarat lucah semasa perhimpunan berlaku.
7. Raikan perhimpunan ini dengan aman dan harmoni.
8. Pastikan anda memberikan keutamaan laluan kepada kenderaan yang lalu lalang dan tidak melintas sesuka hati dijalanraya.
9. Pastikan anda memberikan keutamaan, membantu dan melindungi warga emas, orang kurang upaya atau kanak-kanak yang hadir bersama.
10. Maklumkan sahabat anda jika anda ingin keluar dari perhimpunan disebabkan hal kecemasan atau kerana ingin ke tandas bagi mengelakan masalah lain.
11. Pastikan anda tidak bersembang semasa pimpinan berucap kerana kemungkinan bunyi *sound system* akan tenggelam dengan suara ratusan ribu peserta.
12. Ikutilah laungan pimpinan jika perlu.
13. Pegang bendera Malaysia atau negeri anda sepanjang perarakan.
14. Jangan buang sampah merata-rata sepanjang perhimpunan. Masukan dalam beg plastik yang anda bawa.
15. Rakamkan suasana himpunan – gambar-gambar atau klip video boleh dihantar kepada kami selepas himpunan di email / talipon: Setiausaha Bersih 3.0.
16. Kalau boleh rakamkan sekali wajah-wajah polis yang bertugas atau tragedi-tragedi penting seperti keganasan atau provokasi Polis jika ada.
*Selepas perhimpunan*
1. Pastikan anda bersurai secara perlahan-lahan dan dengan aman selepas diberikan arahan bersurai.
2. Pastikan sahabat atau saudara dan anak-anak anda ada bersama selepas perhimpunan. Jika tiada, sila laporkan kepada Setiausaha Bersih 3.0.
3. Jika ada sahabat atau saudara anda ditahan, jangan terus balik.
Dapatkan maklumat dari Setiausaha Bersih 3.0.
4. Jangan tinggalkan apa-apa sampah ditempat perhimpunan. Pastikan semuanya dibuang ke tong sampah atau dibawa balik dan dibuang dirumah.
5. Berikan ucapan terima kasih kepada pasukan Keselamatan bertugas jika perhimpunan berjalan lancar.
6. Jangan lupa sebarkan gambar dan berita perhimpunan kepada semua sahabat-sahabat terutamanya yang tidak hadir. Segala info dan maklumat bolehlah diemailkan kepada kami di email Setiausaha Bersih 3.0.
*Apa anda perlu buat jika kumpulan Anti-tuntutan Bersih 3.0 buat Provokasi*
1. Jangan pedulikan mereka, diam dan teruskan mengikut arahan *Field Commander* Unit Amal.
2. Jangan menyahut provokasi mereka, jangan baling apa-apa, jangan tunjukkan isyarat apa-apa pada mereka. Anggap mereka tidak wujud pada hari berkenaan.
3. Jangan hampiri mereka.
4. Jika mereka bertindak agreasif secara tiba-tiba, tahan, jangan pukul tetapi serahkan mereka pada pihak Polis.
5. Jangan lupa buat laporan Polis terhadap mereka jika anda dicederakan atau diganggu.
6. Buat rakaman wajah-wajah mereka jika perlu.
*Apa anda perlu buat jika polis buat provokasi dan serbuan*
1. Jangan lari atau keluar dari perhimpunan melainkan dengan arahan pimpinan, anda akan mudah ditangkap jika keluar dahulu.
2. Jangan bersendirian, pastikan anda bergandingan tangan dan berdiri rapat-rapat bila polis acah nak buat serbuan atau tembakan water canon.
3. Duduk jika pimpinan arahkan.
4. Basahkan tuala anda dengan sedikit air, dan tekup dimuka bila gas pemedih mata dilepaskan. Basuh muka anda dengan air dan makan sedikit garam jika terkena air *water canon* berwarna kuning.
5. Jangan melawan atau cuba bertikam lidah dengan polis bila mereka provoke…hanya diamkan diri.
6. Ambil gambar mereka jika sempat.
7. Buat laporan Polis jika anda dikasari.
*Apa yang anda perlu buat jika ditahan*
APABILA DISOAL OLEH POLIS
1. PengenaIan Anda
2. Anda cuma perlu berikan nama, kad pengenalan dan alamat sahaja.
3. Seandainya ditanya soalan-soaian lain: Anda boleh bertanya, “Adakah saya ditahan? ”
BILAKAH ANDA DITAHAN
4. Anda ditahan apabila anggota polis itu
• menjawab “ya” pada soalan di atas
• beliau tidak membenarkan anda meninggalkan tempat tersebut atau ingin membawa anda ke balai polis apabila anda digari
5. Jika anda tidak ditahan anda boleh berlepas dari tempat tersebut atau enggan mematuhi arahan beliau untuk ke balai polis atau tempat lain jika diarahkan.
BILAKAH ANDA TIDAK BOLEH DITAHAN
6. Polis tidak boleh menahan anda semata-mata kerana anda berkemungkinan menjadi seorang saksi dan polis ingin mengambil kenyataan saksi daripada anda (Kenyataan saksi/112).
*Apa yang anda buat selepas dibebaskan*
1. Pastikan semua barang-barang anda dikembalikan oleh Polis.
2. Buat pemeriksaan kesihatan jika ada kecederaan.
3. Buat laporan Polis jika anda dikasari semasa perhimpunan atau semasa ditahan.
4. Ceritakan dan rakamkan pada peguam dan media jika anda dianiaya polis.
5. Jangan lupa catatkan semua yang anda ingat bila balik ke rumah untuk memudahkan anda mengingatinya bila dibawa ke Mahkamah kelak.
6. Pastikan anda ingat dan ambil nombor perhubungan orang yang jamin anda dan juga peguam yang terlibat.
7. Serahkan pada peguam segala maklumat dan gambar yang anda ada tentang himpunan bagi memudahkan pembelaan.
8. Jangan lupa solat sunnat syukur selepas dibebaskan dan kembalilah bertemu dengan sahabat-sahabat seperjuangan.
9. Jangan menyepi dari perjuangan selepas melalui pengalaman ditangkap kerana itu secara semulajadi akan menyebabkan motivasi anda akan menjadi lemah dan anda akan rasa keseorangan.
10. Teruskan perjuangan bersama sahabat-sahabat lain.
11. Sesungguhnya anda akan rasa lebih hebat dan berani lagi selepas ditangkap kerana tidak semua orang berpeluang merasai apa yang anda lalui ketika ditahan.
*Perhatian!*
1. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan atau pelanggaran undang-undang yang tidak ada kena mengena dengan perhimpunan ini.
2. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang provokasi atau tindakan ganas yang dilakukan oleh mana-mana pihak secara berkumpulan atau individu.
3. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan yang disebabkan oleh kecuaian atau tindakan diluarkan arahan penganjur.
4. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang penangkapan yang dibuat kerana pergaduhan atau aktiviti agreasif yang tiada kaitan dengan arahan himpunan ini
Secara keseluruhannya, kita berharap Perhimpunan ini dapat berjalan lancar tanpa adanya sebarang masalah atau tangkapan.
Kita berharap agar dengan sedikit usaha dan kehadiran kita ini akan dapat memberikan kesedaran kepada pihak SPR dan kerajaan persekutuan mempergunakan kuasa yang ada untuk memperbaiki kelemahan sistem perundangan dan proces implementasi negara kita.
Ingat, Perhimpunan Bersih berjaya pada 10 November 2007 dan 9 Julai 2011 kerana kesungguhan rakyat. Maka, kini adalah masa untuk kita berjuang bersama untuk mereformasikan pilihanraya, mengkukuhkan berbadanan institusi dan hentikan korupsi.
Ingatlah, peristiwa ini adalah peluang untuk anda sekali seumur hidup dan ianya akan kekal menjadi sejarah yang akan menjadi sebutan kepada anak cucu kita. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sejarah ini.

sumber: Pengelola Bersih 3.0

Ipoh adalah bandar Pakatan Rakyat


Ipoh Bersih, Hijau dan Membangun. Inilah tema Ipoh. Advertisement Board ni ada di merata-rata di Ipoh. Apakah itu tandanya PAS dan Pakatan Rakyat akan kembali berkuasa di Perak??

Bersih--> Ipoh mengalu-alukan pengajuran Bersih 3.0. Oleh itu, semua ahli PAS wajib turun ke Bersih 3.0 Sabtu ini di Dataran Merdeka. Untuk orang Ipoh, boleh duduk dan bantah di Padang Ipoh pada jam 2 petang.

Hijau--> Warna rasmi PAS dan akan menghiasai segenap penjuru Perak tak lama lgi

Membangun--> Moto PAS jugak. Membangun Bersama Islam. Islam akan memerintah Perak




Bloggers PAS Perak berdemo di Simpang Tiga

Dr Muhaimin Sulam berikan ucapan

Ustaz Misbah bersama bloggers PAS

Blogger MediaPerak berkongsi idea

Sebentar tadi telah berlangsung program santai Pimpinan PAS Perak bersama Bloggers PAS Perak. di Restoran Simopang Tiga. 30 orang blogger di seluruh negeri turun ke majlis santai ini untuk bertukar idea dan pendapat bagi menjatuhkan kerajaan zalim UmnoBN. Antara blogger yang hadir adalah AlBanjari, Ajijoi, AlHusseyn, dppktambun, dpmtambun, anaksengat dll. Semoga ukhwah yang terjalin antara bloggers dapat menjuarai isu dan membisukan mulut puak2 UmnoBN.

Adun Sg Rapat halalkan tarian separuh bogel?

Dua tiga hari lepas Pelancaran Bersih 3.0 dah dilancarkan di Parlimen Gopeng di hadapan Padang Desa Pakatan, Station 18. Seperti biasa Adun Sg Rapat Kak Midah and the gang akan membuat onar dimana sahaja Program PR. Tapi kali ni onar nya makin menjadi. Kak Midah import penari-penari separuh bogel ala tiang buat aksi bersebelahan tempat ceramah Pelancaran Bersih 3.0. Bukan itu je, daging khinzir spesial dihidangkan untuk tetamu yang hadir.

 
daging khinzir..bukan daging lembu

penari separuh bogel yang diimport Kak Midah

taubatlah wahai kak Midah

Inilah budaya yang cuba diterapkan UmnoBN..membawa rakyat terus lalai dan leka. Budaya yang boleh membawa murka Allah. Jauh sekali dengan pendekatan cara islam untuk mendekati mad'u. Tapi ada puak yang kata Umno yang menegakkan Islam, bukan PAS. Menegakkan islam dengan menghalalkan tarian separuh bogel???????
!
!
!
!
!
Budak sekolah tadika pun gelak baca tajuk poster macam ni

Thursday, April 26, 2012

Kayuhan Santai untuk semua



sukan tu satu ibadah. jom sama-sama kuatkan jasmani,bila dah kuat jasmani semakin kuat lawan umno BN (Hypothesis yang tiada ralat lagi)

Wednesday, April 25, 2012

Barisan Artis Nasional ciptaan Kak Midah

Barisan Artis Nasional ditubuhkan oleh Kak Midah selaku Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan, Kebajikan & Hal Ehwal Wanita Negeri Perak. Tugas yang diketahui adalah untuk mempromosikan pakej pelancongan khusus di Negeri Perak dibawah Tourism Perak. Barisan Nasional semua dah arif, dari akar umbi sampai pucuk pimpinannya semua hancusss. Barisan Artis Nasional pernak kome dengar? Buang wording artis, tinggallah Barisan Nasional je. Senang cerita, Barisan Artis Nasional ni dinaungi Barisan Nasional. secara tak langsung untuk promote Barisan NAsional juga lah.

Amatlah beruntung Ac Mizal sebab dilantik oleh Kak Midah sebagai Duta Pelancongan Perak 2012 dan secara automatik sebagai Presiden pertubuhan ni. 20 April 2012 yang lepas, Pertubuhan ni telah dilancarkan oleh Kak Midah dan MB Mahkamah Zambri. Dimaklumkan 30 artis telah bernaung di bawah pertubuhan ni. 

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Barisan Artis Nasional

Kalau perbandingan, jauh beza artis yang menyokong PAS dan menyokong BN. Penampilan hancusss seperti BN juga. Almaklumlah, BN suka kepada hiburan melampau. Dengan membawa artis2 ini ke Perak, BN mengharapkan rakyat akan lalai dengan hiburan.

Monday, April 23, 2012

Kempen Bersih dalam Muktamar


(Zaharudin [kanan] menyerahkan baju Bersih 3.0 dan mafla kepada Zaidi)

SELAYANG: Kempen untuk mempastikan ahli-ahli dan penyokong PAS seluruh negara turun ke Dataran Merdeka 28 April ini untuk perhimpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 turut berjalan di mesyuarat agung PAS.

Ahad lalu, semua perwakilan PAS yang menyertai mesyuarat agung PAS kawasan Selayang telah diberikan lencana khas Bersih 3.0.

Yang Dipertua PAS Selayang Zaidy Talib pula dikalungkan baju dan mafla Bersih oleh Ustaz Zaharudin Mohamad, ahli Majlis Syura PAS yang merasmikan mesyuarat itu.

Semua perwakilan dikerah agar mempastikan semua ahli dan penyokong PAS turun beramai-ramai bagi mempastikan pihak berkuasa mendengar tuntutan mereka agar pilihan raya dijalankan dengan bersih dan adil.

Di samping kempen dalam mesyuarat agung, penggerak PAS juga berkempen ke seluruh tempat bagi memastikan Bersih 3.0 berjaya.

Sunday, April 22, 2012

Montage Muktamar PAS Kawasan Tambun 2012


Trailer Bersih 3.0


Annazofatu minal iman..

Poster BERSIH 3.0



DUDUK BANTAH JANGAN BERGANJAK
PANTANG MENGALAH..KUASA RAKYAT

Montage Muktamar Dppk Tambun 2012


Syabab kehadapan menentang kezaliman..

Gambar Muktamar PAS Kawasan Tambun ke 26

Perwakilan Dppk Tambun yang hadir 

YDP Pas Kawasan Tambun sedang memberikan ucapan

Pimpinan PAS Kawasan Tambun



Perwakilan dan pemerhati yang menghangatkan muktamar

Muktamar tahun ini bertempat di Ritz Hotel. Perwakilan dan pemerhati yang hadir memberikan sepenuh komitmen pada muktamar kali ini. Muktamar kali ini lebih fokus kpd perbincangan persiapan dan strategi menghadapi PRU 13. Tahniah kepada semua perwakilan dan pemerhati yang hadir. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails