Tuesday, May 31, 2011

Tarif elektrik..terima kasih Abg Najib


Sekarang jam kat tgn teman tepat 5.15pm ataupun dlm jam antarabangsanye 1715 .
Lagi 6 jam 45 minit, ahli UMNO dan BN terutamanye akan sujud syukur dan
meraikan kejayaan BN yg disayangi mereka naikkan tarif elektrik sbyk 7.12%
bermula 1 Jun 2011 ini.
Maka berpesta la mereka lepas ni akan kenaikan tarif.
Maka mereka senantiase berharap akan ada kenaikan lagi.
setiap hari pun x pe.

Maka berkata lah UmnoBN
Rege minyak naik, teman bawak beskal pun x pe,teman nak pangkah BN
Rege tol naik..i luv u UmnoBN, teman pangkah BN jugak
Rege gula naik..teman akan kurangkan gule dlm makanan, BN jugak teman pangkah
Rege elektrik naik, teman akan jimat elektrik, makan dlm gelap pun teman x kisah.

Begitule ceritenye UmnoBN,tetap menyanjung pemimpin diorang
yg x fikir masalah rakyat.
Rakyat terseksa dgn bebanan kenaikan rege mcm2,
pemimpin UmnoBN rakus bazirkan duit rakyat dgn projek kroni+membazir.


kenaikan tarif cuma utk industri,rakyat marhain x terlibat..berkata UmnoBN
Memang patut disumbat dgn selipar jepun mulut pemimpin UmnoBN..
bukanke hampir keseluruhan brg2 dlm rumah hasil drpd industri ringan,sederhana dan berat?
kalau dah namenye bisnes, x kan industri yg berkaitan nak tanggung rugi sendiri bila tarif elektrik naik?
confirm industri akan naikkan rege jualan jugak..
Berhentilah menipu UmnoBN..

Anak Muda Benci Umno!
Tolak UmnoBN!

Sunday, May 29, 2011

BN nak join BERSIH?

BERSIH pelawa BN sertai Perhimpunan Rakyat


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) hari ini mempelawa semua parti komponen BN menyertai perhimpunan besar-besaran 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bebas dan adil.

NONE“Saya jamin menteri dan parti politik bahawa ini adalah insiatif masyarkat madani dan bukannya inisiatif mana-mana parti politik,” kata pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur.

Beliau merujuk amaran Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin, sebelum ini yang mahu BERSIH 2.0 sebagai penhanjur membatalkan perhimpunan jalanan itu.

"Saya ingin menjemput semua parti politik termasuk BN dan NGO lain supaya bersama kami pada perhimpunan ini untuk bersama dengan rakyat.”

NONEPengumuman pertama perhimpunan itu dibuat oleh ahli jawatankuasa pusat PAS Mohamad Sabu pada Sabtu lalu. Tetapi jelas Ambiga, PAS dimaklumakan berhubung inisiatif berkenaan melalui mesyuarat BERSIH 2.0 baru-baru ini, di mana wakil beberapa kumpulan turut dijemput.

"Kami bermesyuarat dengan beberapa NGO dan kumpulan lain termasuk PAS kerana mereka mempunyai pengalaman menganjurkan perhimpunan seumpama ini,” katanya.

bersih rally 271207 04Mengulas reaksi dingin daripada Hishammuddin, yang menganggap perhimpunan itu sebagai cubaan menimbulkan huru-hara dan memburukkan imej antarabangsa Malaysia, Ambiga berkata pemimpin politik yang berkuasa mesti menukar tanggapan mereka berhubung perhimpunan aman yang menjadi hak perlembagaan setiap rakyat.

"Kami tidak akan berundur. Ia pada 9 Julai dan ia akan diadakan,” katanya lagi.



oleh: Malaysiakini

Notis Rasmi Pembekuan Jawatan Kementerian




Ni dia lg satu kebodohan kepimpinan UmnoBN dalam mentadbir negara.
Udahla ramai graduan yg menggangur, BN bekukan pengambilan jawatan/
pemansuhan semua jawatan kosong kat kementerian pulak.
Umur persaraan ditingkatkan, warga asing dilambak2kan dlm negara,
pengambilan jawatan dibekukan..
x ke semua ni membebankan, menyusahkan graduan2 kat Malaysia ni?
makin ramaila penggangur terhormat di Malaysia ni..

oleh itu..setiap undi anda bakal menentukan pengganguran berleluasa dimasa hadapan.
Undilah PAS/Pakatan Rakyat

p/s: teman kerja dlm sektor swasta, dah setahun mintak jwtn kosong dlm kementerian.utk pengetahuan,
bidang teman ni byk je ksng dlm kementerian,tp disebabkan kebodohan UmnoBN mentadbir negara dan x da duit dah nak menggaji kakitangan yg baru, smp mangko la teman x duduk dlm kementerian tu.  
*kerja sektor swasta ke..kerajaan ke,teman tetap ganyang UmnoBN!

Protapas 2011

Ketua Pemuda, Ketua Muslimat dan AJK Muslimat
terpegun tgk persembahan peserta gamaknye

peserta protapas 2011



muslimin saff takwin

muslimin saff takrif

muslimat saff takwin

muslimat saff takrif

Dgn momokan UmnoBN berjaya kumpulkan 1 juta belia di Putraja hari ini
(dgn prog yg merosakkan akal dan minda),
PAS Tambun sebaliknya berjaya melaksanakan prog tarbiah.
27-29/5/2011,Prog Protapas berjaya dilaksanakan dgn
kerjasama Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Nisa' Tambun.
Prog 3 hari 2 malam ini cuba menanamkan fikrah perjuangan islam
kpd semua peserta takrif dan takwin.
Semoga peserta yg ditarbiah akan menjadi ikon kpd shbt2 di luar sana.
Tahniah diucapkan kpd semua committe,peserta,cwgn dan petugas2 yg
memberikan kerjasama dlm Protapas.

Hancur Umno..
Hancur BN..
Majulah Islam Daulatkan Perjuangan Islam..


Saturday, May 28, 2011

Tanah runtuh di Hulu Langat

kenangan anak2 yatim sblm Allah menjemput mereka

kediaman yg menjadi tragedi bersejarah

usaha mencari jenazah giat dijalankan


jenazah disembahyangkan serentak


21 Mei 2011,Negara digemparkan dgn berita sedih apabila kejadian tanah runtuh berlaku 
di sebuah Pusat Penjagaan anak yatim At Taqwa di BT 14 Hulu Langat.
Sebanyak 25 org terselamat sementara 20 pelajar dan 4 penjaga menjadi
 mangsa kejadian tanah runtuh tersebut.
DppkTambun mengucapkan takziah dan bersimpati dgn kejadian yg menimpa.
Semoga roh ditempatkan bersama golongan yg bertakwa.
Alfatihah..

ice age 3 di Pasar Abdur Rahman Auf

mai bawak anak,cucu,cicit,adik,kakak dtg tengok cite ni.
x payah mahal2 beli tiket wayang,x payah susah2 cari cd pirate..
mai je dtg kat sini tengok ramai2..
cite yg penuh moral..
bukan macam umno BN,langsung xda moral..
tontonlah ice age,tolak umnoBN!

Wednesday, May 25, 2011

Bersih 2.0

jom turun ramai2 tuntut hak rakyat..
kebangkitan rakyat sudah bermula..!

Saturday, May 21, 2011

Rakyat Kurus, Rosmah Gendut

Rakyat Diminta Bersama Kerajaan Mengurangkan Subsidi
BACHOK: Rakyat haruslah bersama kerajaan dalam usaha mengurangkan jumlah subsidi yang semakin meningkat dari RM10.3 bilion tahun lepas kepada RM20.58 bilion tahun ini, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Katanya kerajaan akan mengkaji secara terperinci agar sebarang keputusan bagi mengurangkan subsidi tidak membebankan rakyat golongan miskin.
"Kajian itu akan dibuat secara menyeluruh yang membabitkan bahan bakar, tepung, gula dan bahan makanan asas," katanya kepada pemberita selepasmengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Telong di sini, Jumaat.
Beliau mengulas kebimbangan rakyat terutama di luar bandar terhadap kemungkinan kenaikan harga barangan berikutan langkah mengkaji semula pemberian subsidi termasuk bagi petroleum RON95.

Isnin lepas kerajaan menjangkakan jumlah subsidi tahun ini akan meningkat sekali ganda berbanding tahun lalu iaitu daripada RM10.3 bilion kepada RM20.58 bilion berikutan kenaikan harga minyak dunia.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata daripada jumlah itu kira-kira RM18 bilion adalah untuk sektor berkaitan petroleum berbanding tahun lalu hanya sekitar RM8 bilion.
Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan berkata kenaikan itu terlalu besar dan tiada kerajaan lain di dunia yang sanggup menanggung beban peningkatan yang mendadak itu.
Katanya hasil kajian dan langkah mengatasinya akan diumumkan sebaik sahaja kerajaan menerima maklum balas daripada agensi-agensi kerajaan terbabit yang diarah membuat kajian mengenainya. - BERNAMA
-----------------------------------------------------
Panas mata, telinga, punggung.semua panasla bila baca keratan akhbar yg paling sengal di abad ni.
Kerajaan suruh bersama dalam kurangkan subsidi, rakyat dah cukup terseksa dgn kenaikan harge brg, subsidi pulak kena tarik. kalau sebelum ni ada rakyat yg kais pg mkn pg, lepas ni kais pg ptg siang mlm baru dpt mkn pg gamaknye.
Undilah BN nescaya hidup anda terseksa!

macam2 subsidi ditrik kononnye nak selamatkan negara dari muflis, harga gobal pun turut meningkat..dey porah!
Rasuah berleluasa guna duit rakyat, projek mega berbillion yg untungkan kroni je, berbillion duit rakyat bagi kpd Rosmah.
Duit rakyat semakin licin disapu,baru la kerajaan nak suruh bersama rakyat kurangkan subsidi. Kerajaan dah kenyang, rakyt yg terseksa.

-->RM 19billion subsidi diberi kpd penjana bebas milik kroni setiap tahun
-->RM 28billion kerugian yg ditnggung negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan dan rasuah.
rakyatke patut tanggung semua ni??

Hantu Kak Limah bersama Pemuda PAS

Pak Jabit dan pimpinan Pemuda PAS bergambar di Naina

layan posing

hi tea di kg sri kelebng

penduduk sekitar kg sri kelebang

Petang semalam, Dppk Tambun sempat turun pdg bersama Pak Jabit (Hantu Kak Limah) disekitar
Meru dan Kg Sri Kelebang untuk jamuan Hi Tea bersama penduduk sekitar.
Walaupun Pak Jabit antara pimpinan tertinggi PKR di Temerloh, jiwanya masih segar bersama dlm perjuangan islam dan beri komitmen sepenuhnya kpd Pakatan Rakyat.
Semoga anak muda mendapat suntikan semangat dari Pak Jabit utk tumbangkan kerajaan thagut.

Friday, May 20, 2011

Hi Tea bersama YB Nizar





17 Mei lepas, prog Hi Tea bersama YB Nizar telah diadakan di Dewan Taman Meru 2B.
Prog anjuran PAS Tambun ni turut melancarkan pembinaan Kompleks Tarbiah PAS Tambun yang sedang naik sekarang ni.



Bob Lokman aktivis islam

Bob Lokman dah tinggalkan dunia maksiat, artis lain bila lagi????

Panduan kepimpinan menghadapi cabarang perjuangan Islam

“Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa (8); Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan) (9). Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat) (10).” (Surah Asy-Syams 91:8-10)




Sesuatu yang penting dihayati dan diambil iktibar ialah mengenai pengiktirafan masyarakat Mekah kepada Nabi Muhammad SAW sebelum baginda dilantik oleh sebagai Rasul. Syakhsiyah baginda sudah masyhur sebagai seorang ‘al-amiin’ sudah diterima baik oleh semua lapisan masyarakat.



Ini bererti sifat al-amiin itu sudah menghiasi syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sehingga terserlah kepercayaan dan keyakinan masyarakat, betapa baginda seorang yang benar-benar ‘boleh diharap’ sama ada di dunia mahu pun di akhirat.

Justeru semua individu yang bergelar pimpinan perlulah utamakan muhasabah diri supaya boleh diterima sebagai al-amiin. Ia sesuai dengan maksud firman Allah di atas (seperti maksud ayat di atas) yang meletakkan sifat membersih diri sebagai tangga kejayaan.



Maknanya, seseorang itu perlu bersih diri dan cara membersih diri ialah dengan mengawal nafsu. Percayalah, sifat peribadi (syakhsiyah) seseorang itu tidak boleh baik dan sempurna kalau nafsu tidak boleh dikawal.



Selain itu, cara bersih diri dari pengaruh nafsu buruk ialah menggunakan ‘taqwa.’ Melalui taqwa kepada Allah sahaja yang boleh menyebabkan masyarakat percaya dan yakin kepada seseorang pemimpin. Atas sifat taqwa jugalah apa sahaja yang kita buat––sembahyang, puasa, jaga keluarga hatta mengurus kemasyarakatan––masyarakat akan rasa yakin dan boleh percaya.



Begitu juga, bila seseorang itu bertaraf pemimpin, syakhsiyahnya akan dilihat baik atau sempurna bila ia tidak merokok, lekat sembahyang berjemaah, berterusan dengan amalan sunat, tidak kedekut bersedekah, ringan kaki tulang kerana kerja kebajikan rakyat atau seumpamanya. Ia sebagaimana sifat dan amalan Nabi Muhammad SAW. Apa yang utama, sifat Nabi itu hendaklah dijadikan asas melakukan muhasabah diri.



Ambillah pengajaran daripada kisah tatkala Nabi Muhammad balik dari Gua Hira’ selepas bertemu Malaikat Jibrail. Ketika itu, isteri baginda Siti Khadijah menjadi pendorong dan penguat semangat untuk Nabi berhadapan dengan tugas dan tanggungjawab setelah menerima wahyu. Kata-kata mulia Siti Khadijah berbunyi: “Sekali- kali tidak! Demi Allah, sekali- kali Allah tidak akan menghinakan kamu selamanya. Sesungguhnya kamu benar-benar orang yang suka menyambung tali persaudaraan, menghormati tetamu, membantu orang yang sengsara, memenuhi keperluan orang yang memerlukan, dan membantu orang-orang yang ditimpa musibah.”



Dalam konteks masyarakat Malaysia yang diselubungi fahaman sekular dibawa oleh Umno, ia telah menjauhkan kehidupan rakyat dari agama. Oleh itu terlalu penting bagi setiap rakyat (kalangan Melayu, Cina dan India dan semuanya) menjaga diri masing-masing supaya tubuh badan kita boleh menjadi bahan dakwah, contoh kepada semua orang.



Demikian pengalaman PAS di Kelantan yang sudah masuk 20 tahun memimpin rakyat ke jalan kehidupan beragama. Justeru di Kelantan kini wujud senario atau suasana ke’Islam’an, sekaligus mendidik rakyat menghayati amalan mengikut syariat Islam. Wujud suasana di masjid-masjid sekitar bandar yang dimakmurkan dengan sembahyang berjemaah pada setiap waktu puncak.



Begitu pula, cukup terasa ketenangan dan keselamatan ketika berada di pusat bandar. Terasa perubahan suasana, apabila hotel-hotel yang dulunya sinonim dengan aktiviti tidak sihat, sehingga ada tok-tok lebai terasa goyah bila ke hotel. Namun kini, berkat peraturan Islam, hotel sudah jadi tempat selamat didiami.



Diikuti pula, perkembangan baik berlaku dari segi sistem kewangan Negeri berikutan majoriti bank sudah bertukar kepada sistem kewangan Islam. Tidak ketinggalan, pihak bank luar negara turut membuka cawangan di Kelantan, seperti mana yang terbaru dari sebuah bank dari Kuwait. Ia disokong lagi dengan kemajuan sistem pajak gadai Ar-Rahn yang diperkenalkan oleh Kerajaan Kelantan turut diterima oleh Bank Rakyat dan Bank Islam. Malah yang terbaru, RHB Bank turut melancarkan pajak gadai Islam (ar-Rahnu).



Tidak ketinggalan, selama 20 tahun Kelantan di bawah kepimpinan Islam telah mencipta perkembangan baik di bidang pendidikan Islam. Sehingga merakam kejayaan sistem pengajian Yayasan Islam Kelantan (YIK). Malah turut berkembang sama sistem pengajian tahfiz al-Quran dan sains di bawah Kerajaan Negeri dan swasta. Kesannya telah lahir bijak pandai (intelek) Islam menguasai bidang profesional yang hafal al-Quran.



Berkat daripadanya, wujud suasana kerukunan hidup masyarakat Kelantan dan hubungan harmoni antara kaum––Melayu, Cina, India dan Siam––hidup dengan aman dan sejahtera.



Kesemuanya meletakkan asas kukuh bahawa tanggungjawab kepimpinan ke arah memerintah secara Islam adalah wajib. Lihat sahaja perjalanan Nabi Muhammad SAW sepanjang menjadi nabi dan pemimpin negara. Ketika sistem pemerintahan telah zaman-berzaman wujud di dunia, tetapi Nabi sendiri yang bawa Islam dan tatkala Islam berkuasa, maka Nabi tidak meniru sistem pemerintahan yang sedia ada. Nabi sendiri rela bergadai nyawa, demi menegakkan pemerintahan Islam. Ketika di Mekah pun, Nabi sendiri ditawar dengan serba-serbi kekuasaan dan kemewahan. Namun kesemuannya ditolak. Malah Nabi sendiri meninggalkan Mekah (berhijrah ke Madinah) demi menegakkan pemerintahan Islam.



Di Madinah pula, Nabi mengadakan tahaluf-siyasi dengan puak-puak bukan Islam (Yahudi dan Nasrani). Nabi sendiri memimpin dan mengendalikan semua urusan politik dan pentadbiran negara. Maka kepimpinan Nabi telah berlaku selama 23 tahun, bermula dari Mekah hinggalah ke Madinah.



Biarpun selama itu, apa sahaja cara dan gaya kepimpinan Nabi dilihat ‘berlawan arus’ atas semata-mata untuk tegakkan Islam. Natijahnya, Nabi berjaya menunjukkan contoh kepimpinan terbaik (khudwah hasanah) yang mesti ditiru oleh semua pemimpin dari dahulu sampailah sekarang.



DI sebalik kebaikan kepimpinan Nabi, baginda sering mengutamakan pelaksanaan tugas dan tanggungjawab atas apa yang dipimpin. Justeru Nabi bukanlah seorang yang bermewah kerana jawatan, malah pernah berhutang dengan seorang Yahudi dan sanggup mencagarkan baju rantai untuk membayar hutang. Walau pun ada sahabat sedia menyara Nabi, tetapi baginda tidak bersedia untuk hidup atas bantuan orang lain.



Pengajaran daripada syakhsiyah dan kepimpinan Nabi Muhammad SAW itu, harapnya semua pemimpin PAS hari ini perlu meletakkan ‘peribadi Nabi’ sebagai khudwah. Maka, seorang pemimpin itu hendaklah bergantung bulat kepada apa yang Nabi tunjuk itu. Ia sesuai dengan apa yang kita baca di dalam sembahyang. Sebab itulah, setiap kali sembahyang diwajibkan menyebut dan memuji Nabi. Dan sembahyang itu berlaku sebelum awal fajar dan ketika mata hari terbenam. Kesemuanya menuntut untuk kita sentiasa menyebut-nyebut sifat Nabi. Agar sifat itu sentiasa menjadi ikutan kita. Sesungguhnya, kebaikan kepimpinan Nabi Muhammad SAW jelas membawa rahmat dan kesejahteraan untuk sekalian alam. Justeru kenapakah kita tidak mahu menjadikan Nabi sebagai khudwah hasanah?



Semoga sekalian pemimpin PAS menjadikan syakhsiyah Nabi Muhammad SAW sebagai khudwah hasanah. Kepimpinan akan beroleh kejayaan dan jemaah akan terus utuh menuju matlamat perjuangan, yakni kemenangan Islam.

Mursyidul AM PAS
Tuan Guru Dato Nik Aziz Nik Mat

Jom jumpe pak jabit



Saturday, May 14, 2011

Dppk Tambun Kawasan Terbaikkkkkkk!

Muktamar Tahunan kali ke 28 Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah selesai diadakan pada 1 Mei 2011, Ahad. Ustaz Zawawi kekal sbg Ketua Pemuda PAS Perak dan menerajui kepimpinan pemuda PAS Perak.

Kali ni Dewan Pemuda PAS Kawasan Tambun telah dianugerahkn

Dewan Pemuda PAS Kawasan Terbaik Keseluruhan. Turut meraih UKJ,PASTI dan Pengurusan Blog Terbaik.

Tahniah DPPK TAMBUN!



Deretan anugerah yg Dppk Tambun dapat..


Blog Dppk Terbaik


PASTI Terbaik



Sijil Blog Terbaik



UKJ Tebaik


Utusan Malaysia semakin haprak




Utusan Malaysia Pemangkin Fikiran UMNO bukan Pemangkin Fikiran rakyat



1. Kebelakangan ini, Utusan Malaysia bagai di"rasuk" dengan persembahan headline yang agak liar dan bersifat provokatif tanpa mengambil kira kesan langsung yang bakal dihadapi oleh negara dan rakyat seluruhnya. Jelas kelihatan seperti Utusan Malaysia tidak sabar - sabar mahu menunjukkan wajah sebenarnya sebagai alat misionery pihak tertentu apabila Utusan Malaysia bukan sahaja sanggup mengenepikan etika kewartawanan yang bernilai tinggi tetapi tergamak mempalit wajahnya dengan laporan bertaraf jalanan dan berita bertaraf lucah.


2. Saya tidak menafikan seketika dulu, Utusan Malaysia pernah menjadi akhbar terbilang di rantau ini , namun malang sejak mutaakhir ini prestasinya menjunam teruk dengan taraf dan standard berita yang kian runtuh etika dan susut nilainya pada mata masyarakat berinformasi. Tagline Utusan Malaysia "Pemangkin Fikiran Rakyat" kini menjadi "Pencelaru Fikiran Rakyat".


3. Nilai dan etika kewartawanan seperti benar, tepat, berinformasi, bertanggungjawab dan sebagainya tidak lagi menjadi prinsip utama dalam melaporkan berita kepada masyarakat umum. Sebagai contoh laporan berita bertulis dan bergambar mengenai video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang disiarkan dengan cara yang sangat tidak bermoral bagi sebuah akhbar yang kononnya menjadi pemangkin fikiran rakyat sedang pihak yang ditohmah belum didakwa, disiasat dan dibuktikan bersalah. Malah mana - mana pihak yang didapati bersalah sekalipun, tidaklah wajar kisahnya dipaparkan kepada umum, inikan pula paparan yang bermaksud untuk mengaibkan, menjatuhkan maruah serta menghina.


4. Negara kita ada undang - undang dan peraturan sementara negara juga memiliki pendakwaraya, mahkamah dan hakim. Kenapa Utusan Malaysia pula yang mengambil alih tugas sebagai pendakwaraya, mahkamah dan hakim. Negara akan runtuh peradabannya jika perkara ini dibiarkan berlarutan dan berleluasa.


5. Terkini Utusan Malaysia menyiarkan berita mengenai kononnya terdapat usaha untuk mengkristiankan negara dengan menjadikan Kristian sebagai agama rasmi. Lebih malang, berita itu hanya dipetik dari sebuah blog yang tidak bertanggungjawab. Tanpa mempedulikan implikasi dari laporan yang dibuat, Utusan Malaysia akhirnya menjatuhkan tarafnya dan duduk sama ranking dengan blog nyamuk.


6. Tika ini, blog tersebut telah memadam postingnya berkait isu ini dan Utusan Malaysia menerima tamparan hebat dari semua pihak termasuk dari MCA yang menjadi sekutu dan kompenan Barisan Nasional apabila dianggap tidak berhati - hati membuat laporan malah dilihat gelojoh tidak menentu hala dalam membuat serangan kepada ppihak pembangkang. Hilang rasional dan kematangan sebagai sebuah akhbar yang berusia dalam negara ini.


7. Sebahagian rakyat mula menunjukkan reaksi mual dan tidak selesa mereka terhadap sikap dan pendekatan Utusan Malaysia pada hari ini. Layaknya Utusan Malaysia menjadi "Pemangkin Fikiran UMNO" bukan "Pemangkin Fikiran Rakyat". Justeru ia kini menjadi 100% lidah rasmi UMNO bukan lagi menjadi media umum yang perlu diakses oleh seluruh rakyat. Sebaliknya Utusan Malaysia dicadangkan agar ditulis besar pada penjuru kirinya : "Untuk Ahli UMNO sahaja".


8. Saya percaya, andai trend ini kekal dan berlarutan, Utusan Malaysia akan kehilangan pembeli dan pembaca popularnya dan Sinar Harian akan menjadi tumpuan masyarakat teramai dan hitnya akan jauh mengatasi Utusan Malaysia.Tinggallah Utusan Malaysia dengan keangkuhannya dan ditindih perasan serta syok sendiri yang ketara.


9. Sementara tidaklah mengapa jika Utusan Malaysia mahu mengkritik pembangkang biarpun secara demokratiknya keadaan masih berat sebelah, tetapi biarlah benar, tepat dan berfakta. Jika tersilap, segera memohon maaf dan siarkannya secara terbuka pula.


10. Saya tidak perlu menjadi konsultant percuma buat Utusan Malaysia justeru usia mereka di arena kewartawanan ini sayugianya mereka mampu menilai dan dewasa dalam bertindak. Saya sendiri mula diserang rasa rugi membeli Utusan Malaysia yang mula merosot teruk nilai informasinya. Utusan Malaysia kini hanya sarat dengan laporan bersifat provokasi, lucah, berita jenayah dan hiburan. Sementara laporan bernilai informasi yang membangun minda dan membina spiritual terlalu minima.
atau, ada insan yang tidak bersetuju dengan apa yang saya ungkapkan sejujurnya ini ?


Murnikan Perjuangan Maknakan Kemenangan


Ustaz Nasarudin Hasan Tantawi


Ketua Pemuda PAS Pusat

Wednesday, May 11, 2011

Ijtima' PAS Tambun di SRATI


JOM DTG RAMAI2
'KEMANISAN BERJAMAAH UNTUK MEMENANGI PRU 13'



Tuesday, May 10, 2011

Hari Ibu Anjuran DMPK Tambun






Selamat Hari Ibu buat semua ibu2 yang dah berjaya membesarkn para pejuang islam di atas muka bumi.
8/5/11 lepas, DMPK Tambun dah organize satu event bagi meraikan kaum ibu di Pasar Abdul Rahman bin Auf, Jalan Pemimpin.
Nisa dan Dewan Pemuda pun turut bagi sumbangan dlm menjayakan prog ni dalam khidmat medical check-up.
Tayangan video,jualan,ceramh halal haram dan medical check-up antara aktiviti yg diselitkn dlm prog ni.
Selamat Hari Ibu!

Sambutan Hari Pekerja dan Wacana Kebangsaan kali ke-6



8/5/11 yg  lepas, Sambutan Hari Pekerja dan Wacana Kebangsaan kali ke-6 berjaya diadakan di Pusat Motivasi AtTaqwa.
Antara panelis yang dijemput Hj Mohamad Sabu, YB Abdullah Sani, Hj Hanipa MAidin, Anuar Tahir dan Dato Seri Nizar.
Pekerja ditindas kat Malaysia ni, hasil kerakusan Umno BN kaut semua kekayaan negara.
GAji minima antara isu yg smpai sekarang UmnoBN tak dapat selesaikan.
Inilah antara agenda jahat UmnoBn,biarkan rakyat hidup dlm kmiskinan, 24 jam mencari rezeki untuk keluarga, natijahnya rakyat tiada masa utk fikir masalah negara.
Rakyat semakin miskin,UmnoBn semakin kaya raya..

Wednesday, May 4, 2011

Kematian Osama bin Laden: Respon Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.
Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan keganasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.
Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini.
Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.
Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?


Sekian, wassalam.


Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Sumber: www.blogtokguru.com

Kenyataan Najib Pro Barat atas kematian Osama


"Datuk Seri Najib Razak berkata dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Al-Qaeda, Osama bin Laden, dalam satu operasi oleh pihak keselamatan Amerika Syarikat bersama Pakistan di luar Islamabad hari ini."
- Harian Metro

Inilah kenyataan Najib Razak dalam mengulas kematian Osama. Kenyataan pak najib ni
jelas gambarkan dirinya pro-barat israel dan tak paham langsung isu global dan umat islam sekarang ni.
Apa kaitan kematian Osama dengan keamanan dunia?
Umum dunia sudah jelas masih ada keraguan dalam propaganda 9/11, Amerika masih tak dapat
buktikan Osama perancang kemusnahan 9/11. Yang jelas tuduhan tak berasas kpd Osama, dan Amerika lah
dalang sebenarnya.
Osama sama sekali tak layak dilabel pengganas kerana menentang imperialis barat yang kuffar.
Pengganas sebenar adalah Amerika dan Israel yang menceroboh Palestin, Iraq, Libya dan
negara2 lain umat islam.
Patutya Najib buat kenyataan..
'Dunia akan lebih selamat dan aman berikutan kematian pemimpin pengganas Amerika dan Israel'.

Confirmla Najib tak berani buat kenyataan macam ni,
Tatkala umat islam seluruh dunia brsimpati atas kematian Osama,Najib jelas
menunjukkan pendirian pro Baratnya.
Insaflah Najib dan seluruh penyokong kpada pemimpin sekular ini!

Tuesday, May 3, 2011

Sukan PASTI Kawasan Tambun




Sukan PASTI Kawasan Tambun dah tutup tirai.
PASTI Meru menjadi johan dlm acara futsal.
Team futsal dan beberapa selected players akan wakil Tambun
ke Sukan PASTI Negeri.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails